+ KaJiaN SoSiaL +

LaWaTaN Ke SeaFDeC & MuaRa SuNGai MaRanG

| 08 May 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi kenangan kami melawat ke South East Asean Fishery Development Center yang terletak di Marang yang diadakan pada 17 April 2012 (Selasa). Malah kami juga sempat melawat di sekitar pesisir pantai Marang melihat fenomena geologi permukaan bumi pinggir pantai yang terjadi di sepanjang pesisir pantai tersebut. Program kami ni merupakan salah satu dari keperluan kepada subjek PSS 3105 Pendidikan Pembangunan Lestari yang banyak membiacarakan mengenai aspek hubungan manusia dalam membangunkan pembangunan dengan akibat dari pembangunan tersebut. Pada mulanya kami ingin melawat Empangan Kenyir di Hulu Terengganu, namun akibat kekangan dari pihak Empangan sendiri yang mempunyai aktiviti lain sewaktu tarikh tersebut, maka kami terpaksa membatalkan saat-saat akhir untuk ke empangan tersebut.

Kami mula menaiki bas dari IPG KDRI pada jam 7.15 pagi sebelum perhimpunan pagi di hadapan Dewan Al-Farabi. Maka perjalanan pun bermula dan sebelum tiba ke lokasi iaitu Seafdec, kami sempat bersarapan pagi di Kedai Nasi Dagang yang terkenal di Marang. Setibanya di sana, Puan Hajah Anisah sudah sedia menanti kami di sana.


Maka kami pun mengambil tempat di restoran tersebut untuk bersarapan. Menu utama di sini ialah nasi dagang dan itulah yang kami tempah.

Apa yang menariknya nasi dagang di sini ialah ianya dihidangkan di dalam daun pisang. Menurut puan anisah, kini memang jarang sangat ada kedai termasuk kedai mamak yang menggunakan daun pisang untuk dijadikan pelapik hidangan. Ini merupakan salah satu kaedah yang lestari kerana menggunakan sumber alam, tidak memerlukan sabun untuk membasuh bekas makanan yang sudah pastinya air sabun yang penuh berkimia tersebut akan memberi kesan kepada alam. Malah daun pisang ini juga senang untuk dilupuskan tidak seperti polisterin yang memakan masa ratusan tahun untuk betul-betul lupus.


Setelah makanan tiba, maka kami pun makan la, ada makan nasi dagang shj, ada yg pesan telur rebus & others... Yum yum memang sedap ssgt...


Lepas je habis makan, maka kami pun bergegas ke bas untuk memulakan perjalanan ke SeafDec pula. Perjalanan menurut puan hajah anisah sudah tidak terlalu jauh dari lokasi kedai makan ni. Kami mula bergerak dengan kereta Puan Hajah Anisah di hadapan menunjuk arah.


Akhirnya kami selamat juga tiba di lokasi iaitu Seafdec. Maka kami bergerak ke bagunan Seafdec. Kawasannya sungguh indah kerana berbukit-bukit. Kelihatan kehijauan di sekitar SeafDec.


Setibanya di pejabat SeafDec, kami dipelawa untuk ke bilik mesyuarat untuk mendapatkan penerangan mengenai operasi dan bidang tugas SeafDec.

Kami telah diberikan penerangan oleh Encik Azman, iaitu antara pegawai utama di SeafDec. Beliau telah menerangkan dengan terperinci operasi, objektif, struktur dan program serta aktiviti yang telah dijalankan oleh SeafDec Pantai Timur ini.

Menurut beliau, SeafDec di sini lebih kepada penyelidikan mengenai hidupan laut terancam seperti penyu. Mereka lebih kepada penyelidikan dan jarang melakukan kempen turun padang untuk masyarakat kerana di LKIM sendiri sudah mempunyai jabatan khusus untuk turun padang melakukan kempen kesedaran. Menurut beliau, kebanyakan kempen kesedaran ini khusus kepada kaum nelayan dan jarang diadakan untuk masyarakat luar kepada penekanan LKIM adalah lebih kepada para nelayan yang memainkan peranan utama dalam memastikan keseimbangan ekosistem akuatik terjamin.

Setelah itu kami telah dibawa oleh beliau menyelusuri sepnajang kompleks kajian SeafDec ini. Pelbagai penerangan telah diberikan beliau terutama berkaitan operasi penyelidikan data marin di sini.





Kami turut dibawa ke pusat penyelidikan genetik. Di sini banyak dijalankan pemetaan genetik haiwan Penyu yang kini jarang mendarat di pesisir pantai di semenanjung akibat dari pelbagai sebab. Terdapat juga haiwan lain yang dijalankan pemetaan genetik bagi mendapat data mengenai perkembangan haiwan tersebut.





Setelah selesai meninjau pusat penyelidikan genetik SeafDec ini. Kami dipelawa oleh beliau untuk ke kafeteria SeafDec untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak SeafDec. Kafeteria berada di bawah pusat penyelidikan tersebut dan tidaklah terlalu jauh sebenarnya.



Inilah kafeteria SeafDec, menarik bukan. Hiasan dalamannya sungguh menarik dengan tema perikanan dan hidupan akuatik. Ada bubu, jala, pukat dsb yang smuanya berkaitan nelayan. Kami makan dengan tenang sekali.



Setelah selesai makan, kami memberikan sedikit penghargaan lisan kepada En. Azman yang telah banyak memberikan penerangan. Penghargaan berbentuk material telah kami berikan sewaktu sesi taklimat di bilik mesyuarat tadi. Setelah selesai, kami bergerak ke bas IPG dan sebelum menaiki bas, kami sempat diberikan penerangan mengenai aktiviti seterusnya oleh Puan Hajah Anisah.



Setelah itu kami mula bergerak ke Masjid Bandar Marang yang terletak di pusat bandar Marang untuk bersolat zuhur bersama. Setelah selesai solat, kami mula bertolak ke pantai Muara Sungai Marang yang terletak tidak jauh dari situ.


Kami telah diberikan penerangan oleh Puan Hajah Anisah mengenai sejarah muara sungai Marang ini. Tambahan pula Puan Hajah Anisah sememangnya anak jati Marang, jsteru beliau boleh meceritakan dengan terperinci mengenai sejarah Marang. Jom kita tinjau sekeliling pesisir Muara Sungai Marang.

Sape dok sorang2 tu?? Melayan perasaan agaknya...





Sebuah perkampungan nelayan, penuh dengan bot, pukat, jala dsb...













Setelah selesai menyelusuri pesisir sungai Marang, maka kami pun berhenti berehat sekejap sambil mendengar penerangan dari Puan Hajah Anisah. Hampir 15 minit berada di muara sungai Marang. Kami bergegas ke bas yang sudah menunggu untuk pulang.

Sebelum pulang ke IPG, kami sempat singgah makan tengahari di kedai nasi ayam berdekatan Kuala Ibai. Setelah selesai makan, maka kami pun bergegas pulang ke IPG.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +