+ KaJiaN SoSiaL +

PRoGRaM SaMBuTaN HaRi BuMi 2012

| 10 May 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Jika pada entry sebelum2 ini kami menceritakan mengenai program Sambutan Hari Bumi 2012 peringkat IPG KDRI tanpa menyertakan sekali dengan fotonya. Pada kali ini kami akan berkongsi dengan kalian semua aktiviti yang kami lancarkan sepanjang Program Sambutan Hari Bumi 2012 peringkat IPG KDRI. Jom kite tengok gambar-gambar sepanjang program ini dilangsungkan.

[1] PUBLISITI EXTRAVAGANZA

Publisiti dijalankan dengan meluas, menyeluruh dan kuat dengan menampal poster berkaitan hari bumi di sekeliling kawasan IPG KDRI. Poster ini sengaja diprint full-colour bagi memastikan ianya menarik minat dan perhatian para mahasiswa guru IPG KDRI dan sekaligus mreka menyedari kewujudan program hari bumi peringkat IPG KDRI yang sedang berlangsung. Alhamdulillah program ini disedari oleh hampir 90% mahasiswa guru IPG KDRI dan mereka menyambut baik perlaksanaan program ini.





[2] KUIZ ALAM SEKITAR

Untuk menyedarkan lagi warga IPG KDRI mengenai peri pentingnya pembangunan lestari yang mampan dan bijak, kami telah menganjurkan pertandingan Kuiz Alam Sekitar yang dilaksanakan bermula 9 April sehingga 22 April. Setiap unit akan diberikan satu soalan kuiz dan wajib menghantar seorang wakil untuk menyertai kuiz tersebut. Bagaimanapun, kuiz ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai kerana tidak dihadkan berapa individu untuk satu batch. Kami juga telah mewujudkan 2 papan kenyataan mengenai informasi alam sekitar yang mungkin membantu para peserta kuiz untuk menjawab soalan. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu PPISMP Sem 2, PISMP Sem 1, PISMP Sem 3 & kategori GSTT (DPLi & PPISMP) + PISMP Sem 5 & 7. Setiap kategori akan mempunyai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Hadiah adalah bernilai RM40 (Tempat pertama), RM30 (Tempat kedua) dan RM20 (Tempat ketiga). Alhamdulillah penyertaan untuk kuiz alam sekitar ini sungguh memberangsangkan dan berjaya.


[3] TAYANGAN FILEM ANIMASI BERTEMAKAN ALAM SEKITAR - WALL E

Disamping mengadakan pertandingan kuiz alam sekitar. Kami turut mengadakan sesi tayangan filem animasi yang bertemakan alam sekitar iaitu filem terbitan Pixar Studios : WALL E. Filem ini sungguh menarik dan mempunyai banyak pengajaran dan insyallah dapat menerbitkan perasaan sayangi alam sekitar dalam jiwa setiap mahasiswa guru yang hadir. Tayangan ini dijalankan di Bilik Kuliah Utama (BKU) pada 8 April 2012 jam 9.15 malam. Sebelum tayangan filem bermula, kami turut menayangkan klip video penerangan mengenai bahayanya pembukaan kilang nadir bumi LYNAS di Gebeng, Pahang. Turut kami tayangkan klip video mengenai peristiwa tumpahan sisa kimia radioaktif di Bukit Merah, Perak, sisa tumpahan bahan kimia Sianida di Raub, Pahang pada 2009 dan peristiwa pembalakan hutan yang memusnahkan ekosistem di Sarawak 2010. Kami turut membuka gerai jualan berhadapan Bilik Kuliah 4 yang menghidangkan pelbagai juadah bergoreng dan juga air minuman untuk menyejukkan tekak.










[4] PUNGUTAN BARANGAN KITAR SEMULA

Dalam menggalakan lagi lagi warga IPG KDRI untuk mengamalkan amalan kitar semula diadakan, kami telah mengambil inisiatif untuk mengumpul beberapa bahan kitar semula dari kolej kediaman IPG KDRI. Barangan kitar semula ini dilaksanakan dengan menyeluruh melibatkan seluruh bilik di kolej kediaman IPG KDRI. Alhamdulillah sambutan agak memberangsangkan. Terdapat dua kaedah kami praktikkan untuk mengumpul barangan kitar semula ini. Antaranya ialah mengumpul barang tersebut dari bilik ke bilik dan dengan meletakkan kotak-kotak pengumpulan bahan kitar semula di kolej kediaman. Setelah kedua-dua kaedah ini dipraktikkan, alhamdulillah jumlah bahan kitar semula yang berjaya dikutip agak memberangsangkan.




















[5] JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA KEPADA SYARIKAT RD PAPERS

Setelah hampir seminggu kami mengutip barangn kitar semula, kami telah memanggil syarikat RD Papers yang berpusat di Kuala Terengganu untuk mengutip semula kesemua barangan tersebut. Terdapat 4 kategori barangan kitar semula yang dibeli oleh syarikat tersebut, antaranya ialah kertas terpakai, botol plastik terpakai, kaca terpakai dan tin terpakai. Alhamdulillah penuh satu lori barangan kitar semula yang kami berjaya kumpul dan duit yang diperolehi dari jualan tersebut telah kami sumbangkan kepada Rumah Anak Yatim & Fakir Miskin Batu Rakit. Alhamdulillah.






































[6] PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT IPG KDRI


Program sambutan hari bumi yang kami adakan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah IPG KDRI iaitu Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali pada 29 April 2012 (Ahad) bertempat di Dewan Al-Farabi IPG KDRI. Pada mulanya program perasmian ini kami cadangkan pada 22 April 2012, namun akibt dari ketiadaan elektrik di IPG kami selama hampir 4 minggu, program perasmian ini terpaksa ditangguh sementara menanti bekalan elektrik kembali pulih. Namun pada 29 April 2012 pun kami mempunyai masalah iaitu majlis kami telah bertembung dengan Majlis Penyampaian Anugerah Pengarah yang dianjurkan oleh Unit Peperiksaan & Penilaian walaupun kami sebenarnya telah awal menempah tarikh tersebut untuk program kami. Akhirnya kami terpaksa mengalah dan majlis kami dijalankan sedikit lewat iaitu setelah selesai Majlis Anugerah Pengarah. Walaubagaimanapun, majlis kami tetap berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Diharapkan di masa-masa hadapan program kami akan berjalan lancar tanpa sebarang pertindihan dengan program lain. Diharapkan mendapat kerjasama dengan baik, insyallah... (maafkan kami sbb xder gambar, gambar masih ada dlm simpanan AJK Dokumentasi, x sempat nk diuploadkan)... Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +