+ KaJiaN SoSiaL +

KaJiaN LaPaNGaN Di PuLaU LaNGKaWi

| 22 July 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 ambilan Januari 2011 ini. Semoga kita smua dalam rahmatNya selalu, insyallah. Pada kali ini kami ingin membicarakan mengenai suatu program ataupun trip kami yang amat kami nantikan iaitu Program Kajian Lapangan Geografi Persekitaran di sekitar PULAU LANGKAWI. Kami akan bertolak pada petang 19 julai 2011 iaitu hari selasa dengan menaiki Bas IPG dan insyallah akan sampai ke Jeti Kuala Perlis pada subuh keesokan paginya untuk menaiki Feri. Terdapat banyak aktiviti dan pengalaman menarik yang bakal kami tempuhi di sepanjang kajian kami ini. Disamping membuat kajian, bolehlah kami melihat dan meninjau serta bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi. Bak kata orang tua, jauh perjalanan, luas pemandangan, betul tak? He3x.... Kami akan selamat tiba pulang ke IPG pada subuh 23 Julai 2011 iaitu hari sabtu. Dihrapkan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang merumitkan. Jika timbul diharapkan agar kami sama-sama dapat menyelesaikan permasalahan tu. Doakan kami ye semua, he3x.... Jumpe lagi di post akan datang untuk kami paparkan foto kenangan kami sepanjang berada di Pulau Langkawi sana, insyallah, Wassalam....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +