+ KaJiaN SoSiaL +

ReHeaRSaL PeRaSMiaN TaBuNG KeMaNuSiaaN

| 05 July 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang masih lagi sudi berkunjung ke Teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 Semester 2/2011 ini. Semoga segala perkongsian kami di sini dapat dijadikan panduan kepada kita semua dalam meniti kehidupan yang sentiasa dipenuhi onak dan duri ini. Apa khabar kalian semua? diharapkan smuanya sihat walafiat hendaknya, yang penting kita sama-sama dapat menjalani kehidupan kita dengan penuh gembira dan enjoy, jangan sekali-kali membuat kerja yang kita tidak suka, jika terpaksa, cubalah untuk menyukai kerja yang kita lakukan, barulah semuanya akan berjalan dengan lancarnya dan kelama-lamaan kita akan mula menyukai kerja yang sedang/akan kita lakukan itu.

Kali ni kami ingin berkongsi dengan anda semua ttg aktiviti terbaru kitaorng iaitu mengikuti latihan rehearsal untuk majlis perasmian tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI. Rehearsal ini diadakan pada pkul 2.15 petang di Dewan Al-Farabi pada tarikh 30 Jun 2011. Latihan rehearsal ini diadakan pada jam 2.15 petang dengan dihadiri oleh Cik Nurhijrah Binti Zakaria dan juga Puan Hajah Anisah Binti Harun.

Kebanyakan AJK program perasmian terlibat kerna mreka harus mempersiapkan segala kelengkapan dewan Al-Farabi untuk memastikan majlis nnt daapat berjalan dengan lancarnya. Dewan Al-Farabi telah disusun dengan baiknya oleh jawatankuasa tugas-tugas khas yang diketuai oleh our senior KS iaitu saudara Mior dan dibantu oleh senior2 lain dan juga ahli2 kelas kami. Manakala ahli2 kelas kami yang lain seperti Iqbal (MC majlis), Aiyad & Amsyar (Audio & Persembahan), Hakim (Sambutan VIP), Aida, Puspa, Asilah dsb sbgai AJK Ekonomi dan menjaga gerai jualan bersempena dengan pelancaran tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI ini. Alhamdulillah rehearsal berjalan dengan lancarnya dan kedua-dua pensyarah penasihat juga berpuas hati dengan gerak kerja sepanjang rehearsal ini. Diharapkan majlis pada keesokannya akan berjalan dengan lancar. Rehearsal akhirnya tamat sekitar jam 5.00 malam dan kesemua peserta bersurai.

Gambar di atas ni menunjukkan our MC of KS0, IQBaL yang ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis perasmian tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI. Amacam, sweet tak, hahaha...

Gambar atas dan bawah ni plak menunjukkan our senior (sisters & brothers) sedang berlatih menjadi pemegang bunga mangggar dan menjadi penyambut tetamu, tabik la kakak2 ktiaorng smua, cheerful dan happy jer, hehehe, siap2 posing dgn bunga manggar lagi, he3x...


Inilah suasana dewan yang masih tidak disusun kerna ianya akan disusun pada hari sabtu, iaitu rehearsal pnuh, hehehe, cube tgk gambar di bawah ni, he3x... kesian pengerusi majlis, dok mengacarakan majlis ape tuh, he3x... ksong jer dewan...

Kat bawh ni lak Amsyar, individu yang btul2 expert dgn alatan Audio dan Visual. Kiranya wakil unit PISMP KS la. Amsyar ni byk pengalaman dlm mengendalikan peralatan video dan audio sbb dh byk majlis2 grand n besar yg dia jadi juruaudio dan juruvisual.

Hahaha, gambar di bwh ni lak gambar saudara Aminnulhakim (plg kiri berbaju hitam MayBank) sedang berlakon sbgai VIP. Wah dengan langkah bgayanya dia melangkah masuk ke dewan, yer la, nama pun rehearsal kan, mesti la ader lakonan gitu, he3x...


Di samping tu, kitaorng pun turut dibantu oleh senior KS sem 6 sekarang spt Wan Akmal yg bgitu arif dan cekap mengenai protokol majlis sbb dia ni pengerusi majlis rasmi IPG KaDRI tau, he3x.... Lepas dia ni mungkin IQBaL lak, hehehe JKS GO ! Akhirnya rehearsal ini tamat dengan jayanya pada jam 5.00 petang dan semua beredar untuk menunaikan solat asar pula dengan harapan agar majlis perasmian tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI dapat berjalan dengan lancarnya, insyallah, Amiinn....
Wassalam....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +