+ KaJiaN SoSiaL +

PeRaSMiaN TaBuNG KeMaNuSiaaN JKS

| 05 July 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke laman blog kisah hidup PISMP Kajian Sosial Semester 1/2011 di IPG KaDRI. Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya, yang penting kita sama2 dpt menimba ilmu dengan sebaiknya. Pada kali ini kami ingin mencritakan mengenai suatu event yg telah kami sama-sama jalani iaitu Perasmian Tabung Kemanusiaan IPG KaDRI yang diadakan pada 3 Julai 2011 iaitu ahad baru2 ni. Majlis ini merupakan majlis perasmian kepada gerak kerja kebajikan yang akan kami adakan di bawah kelolaan Jabatan Kajian Sosial. Antara matlamat utama kami ialah mengumpul dana untuk melakukan khidmat sosial kepada masyarakat islam di Kemboja iaitu dijangka dana tersebut akan terkumpul sepenuhnya menjelang bulan Julai tahun 2012. Diharapkan agar majlis ini dapat menjadi penaik semangat kami dalam berbakti kepada sesama saudara seagama di luar Malaysia yang berada di dalam kesusahan.

Majlis perasmian ini diadakan pada 3 Julai 2011 bermula jam 7.20 dengan ketibaan semua hadirin di dewan Al-Farabi. Sewaktu sedang menanti ketibaan para VIP iaitu Tuan Pengarah IPG KaDRI, Tetamu kehormat iaitu Ustaz Hj. Zamerey, pngerusi pemegang amanah akademi imam syafi'e, timbalan pengarah dan ketua jabatan kajian sosial, Tn. Hj. Mohamed Yusof. Setelah itu majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari qari jemputan dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Jbatan KS. Setelah selesai ucapa alu-aluan, maka tibalah acara kemuncak majlis iaitu ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah IPG KaDRI dan seterusnya memukul gong sebagai tnda gimik perasmian majlis pelancaran program kemanusiaan JKS IPG KaDRI. Maka secara rasminya segala gerak kerja kemanusiaan IPG KaDRI telah diisytiharkan secara rasminya. Setelah itu, maka tibalah slot pengkisahan ataupun slot ceramah mengenai kemanusiaan di Kemboja oleh tetamu VIP pada pagi itu iaitu Tuan Haji Zamerey. Beliau telah menerangkan mengenai gerak kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh NGO Akademi Imam Syafie di negara Kemboja. Alhamdulillah, penerangan yang telah diberikan menyemarakkan lagi semangt kami untuk berganding bahu dalam mengumpul dana bagi membantu umat islam di kemboja sana. Diharapkan agar usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

Setelah selesai sesi pengkisahan oleh tetamu jemputan iaitu Ustaz Zamerey, telah diadakan sedikit tayangan video oleh ustaz Zamerey sendiri mengenai keadaan umat islam di kemboja sana dan perkembangan gerak kerja kebajikan oleh Akademi Imam Syafie. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarnya dan akhirnya majlis ditangguh secara rasminya pada jam 10.00 pagi dan tetamu VIP telah dijemput untuk menjamu sedikit jamuan.

Setelah selesai tetamu VIP menjamu selera di kafeteria IPG KaDRI, maka telah diadakan satu lagi slot khusus untuk smua guru pelatih di bawah Jabatan Kajian Sosial yang melibatkan opsyen Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan junior Sejarah. Slot khusus ini dinamakan sebagai slot Diskusi bersama Ustaz Zamerey. Slot ini bermula sekitar jam 10.30 pagi dengan dihadiri oleh VIP sendiri dan juga Ketua Jabatan Kajian Sosial serta pensyarah pembimbing tabung kemanusiaan ini iaitu Puan Hajah Anisah dan juga Cik Nurhijrah. Tuan Haji Zamerey telah menerangkan mengenai cabran-cabaran sewaktu menjalankan kerja kebajikan di Kemboja. Antaranya kata beliau, walaupun kita datang dengan niat untuk membantu mereka, ada kalanya sesetengah kelompok kaum di kemboja akan meganbmil kesempatan diatas sifat baik kita. Menurut ustaz, sudah banyak badan2 amal kebajikan yang ditipu secara hidup2 oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab di sama. Disebabkan oleh itulah kesemua guru pelatih yang berhajat untuk mnyertai kempen kebajikan ini harus tabahkan hati dan sentiasa menyelia apa sahaja program ataupun projek kebajikan yang telah dilaksanakan agar ianya bertepatan dngn kehendak kebajikan kita.

Gambar menunjukkan ustaz Zamerey sedang memberikan sesi motivasi ataupun kesedaran serta penaik semangat kepada para guru pelatih JKS tentang keistimewaan beramal jariah ini. Malah beliau turut mnceritakan mengenai cabaran2 dalam menjalankan kerja kebajikan di Kemboja yang menurutnya kita harus peka dan berhati-hati.



Selain itu, turut diadakan juga sesi bersoal jawab diantara guru pelatih dan juga ttamu VIP (ustaz Zamerey). Terdapat 5 soalan telah diajukan oleh guru pelatih antaranya berkenaan dengan cara utuk istiqamah (kekal) dalam melaksanakan gerak kerja kebajikan ini. Menurut beliau (ustaz Zamerey), niat haruslah ikhlas dalam memberikan sumbangan di Kemboja. Jangan mengharapkan sebrang balasan hatta ucapan terima kasih sekalipun kerna orang di Kemboja kebanyakannya pendiam dan pasif. Justeru, janganlah berkecil hati seandainya sumbangan yang dihulurkan oleh kita kepada mereka hanya dibalas dengan wajah yang selamba tanpa ucapan terima kasih sedikitpun.

Akhirnya, majlis diskusi ini tamat sepenuhnya pada jam 1.30 pagi dan VIP diiringi oleh pensyarah pengiring, ketua jabatan JKS, dan pengarah projek kemanusiaan IPG KaDRI pulang ke kereta beliau. Para hadirin dibenarkan pulang ke kelas masing-masing sekiranya masih terdapat kuliah selepas ini.



Setelah selesai majlis pada pagi itu, maka kesemua AJK program perasmian Tabung Kemanusiaan JKS IPG KaDRI telah dikumpulkan untuk diadakan mesyuarat post-mortem. Mesyuarat ini diadakan dengan segera kerna dibimbangi tiada masa yang lapang di masa hadapan. Mesyuarat post-mortem ini diadakan di Dataran Ilmu dan dihadiri hampir keseluruhan AJK program. Setiap unit/biro jawatankuasa telah diarahkan untuk membentangkan mengenai hal2 berbangkit yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, Alhamdulillah berdasarkan feedback dari kesemua AJK, tiada masalah besar yg berlaku dan masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan jayanya, Alhamdulillah....




Mesyuarat akhirnya tamat pada jam 12.15 tengahari dan kesemua AJK dibenarkan utk bersurai. Diharapkan agar segala gerak kerja kami untuk beramal jariah ini mendapat keredhaanNya dan dikekalkan semangat kami dalam melakukan aktiviti kebajikan amal ini, Insyallah, Amiinnn....
Wassalam....

MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM KEMANUSIAAN
JABATAN KAJIAN SOSIAL
IPG KaDRI
3 JULAI 2011

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +