+ KaJiaN SoSiaL +

PReSeNTaTioN ALaT BaNTu BeLaJaR

| 06 July 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada smua yang sudi berkunjung lagi ke teratak PISMP Kajian Sosial yang insyallah penuh dengan informasi dan kisah kehidupan kami di IPG KaDRI kuala terengganu. Apa khabar kalian smua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Bersempena dengan pembukaan semester baru ini, banyak subjek baru dan perkara baru yang kami pelajari dan kami lakukan. Mungkin subjek major iaitu sejarah dan geografi, kebanyakannya silibusnya berulang-ulang, tetapi untuk subjek professional dan beberapa subjek lain, ianya kelihatan baru bagi kami. Antaranya ialah subjek Literasu Bahasa Melayu. Namanya pun kelihatan agak sedikit ganjil dan kurang didengari, begitu juga cara pembelajaran dan pengajaran oleh pensyarah di dalam kelas.

Antara perkara yang kami pelajari ialah kaedah mengajar murid membaca dengan abjad, suku kata, perkataan, perenggan dan sebagainya. Pensyarah kami ialah Encik Ashri iaitu warden kolej kediaman IPG KaDRI kitaorng, memang kenal sesangat la En. Ashri tu. Cara pengajarannya di dalam kelas juga berlainan kerna dia lebih menekankan pemahaman dan pengalaman sendiri para guru pelatih sewaktu sesi pengjaran dan pembelajran. Disebabkan oleh itulah kami telah disuruh oleh En. Ashri untuk membuat Bahan Bantu Belajar (BBB) untuk dipersembahkan di hadapan. Setiap tajuk pelajaran kami, kami akan diarahkan untuk membahagikan tajuk bagi perlaksanaan bahan BBB ini. Kelas kami telah bergabung kelas dengan unit PAI 3 dan sebanyak 6 unit telah dibentuk untuk dibahagikan tajuk yang bersesuaian. Pembentangan BBB ini akan diadakan sewaktu kelas dan setiap kumpulan dari unit KS dan juga PAI 3 akan bergilir-gilir sama ada membuat persembahan dalam bentuk powerpoint ataupun bahan maujud (realiti).

Maka setelah genap seminggu tugasan ini diberikan, maka kami akan membentangkannya di hadapan pensyarah dan juga kumpulan kelas sains 1 dan sains 2. Presentation telah diadakan pada 5 Julai 2011 pada jam 8.15 malam dengn mengambil masa sekitar 4 jam sehingga jam 11.30 malam lebih. Presentation ini telah diadakan di BKU dan juga BK7 dengan kelas KS telah bertindak selaku hos untuk pembentangan ini dan bertanggungjawab menempah kelas dan juga projektor LCD. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar. Maka keenam-enam kumpulan dari opsyen KS dan juga PAI3 telah dipecahkan dengan 2 kumpulan KS dan 1 kumpulan PAI 3 melaksanakan presentation di BKU manakala 2 kumpulna PAI 3 dan 1 kumpulan KS melaksanakan pembentangan di kelas BK7.

Ni la gambar2 kitaorng sedang hepi mempersembahkan Bahan Bantu Belajar (BBB) seperti yang diarahkan oleh pensyarah, En. Ashri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk sesi presentation di BKU, geng kelas kitaorng iaitu Aminnulhakim telah bertindak selaku pengacara majlis dan majlis dimulakan dengan presentation BBB dari kelas kami iaitu kumpulan yang diketuai oleh Aida. Cuba tengok gambar di bawah ni, diorg tengah mmbentangkan BBB diorg, amacam menarik tak? Mesti la menarik sbb kitoarng kan Kajian Sosial (KS). Go More KS Go More !

Mereka menggunakan ICT untuk mempersembahkan BBB mereka. Dianggotai oleh Aida, Fatin, Zara, Asilah, Jannah NJ dan juga Najwa Akim, he3x...

Gambar kt bawah ni lak menunjukkan geng PAI 3 yang bertuah untuk melaksanakan pembentangan BBB mereka bersama kitaorng, memang diorg jenis happy go lucky, tu yang bes, xnak jugak yang jenis masam mencuka dan xleh bergaul.


Sewaktu pembentangan, diadakan juga sesi soal jawab, melakonkan bunyi binatang dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya memang bes malam tu sbb smuanya hepi jer, jarang kitaorng hepi psal rmai jugk lecturer yang jenis keras dan tegas ssgt, tegas ssgt pun xleh jugk sbb xder mood nk blaja, rase tertekan je. Di bwah ni menunjukkan geng lelaki KS sedang mendengar penerangan, segala lawak MaharajaLawak smua keluar malam tu, he3x...


Gambar di atas menunjukkan Jannah NJ sedang menerangkan salah satu permainan yang wujud dalam BBB mereka yang bertujuan untuk mengenal warna-warna dalam hidup kita. Nice jugak permainan mereka. Gambar di bawah menunjukkan barisan pembentangan dari kumpulan 1 KS yang membentangkan mengenai kaedah pengajaran bagi Pengamatan Mata. Buat makluman anda semua, setiap kumpulan mempunyai tajuk pembentangan yang berlainan, bagi kumpulan kedua, mereka harus menerangkan mengenai alat BBB bagi tajuk Pengamatan Telinga manakala kumpulan ketiga harus membentangkan aktiviti/alat BBB bagi tajuk Koordinasi Mata dan Tangan. Alhamdulillah, berdasarkan feedback (maklumbalas) dari pensyarah pembimbing kami, En. Ashri, kesemua kumpulan telah melaksanakan tugasan dan membuat alat BBB dengan baik sekali.

Di bawah ni plak geng ustazah2 dari PAI 3 sedang membentangkan alat BBB mereka iaitu pengamatan telinga. Mereka turut menggunakan ICT, hanya kumpulan ketiga iaitu bagi tjuk koordinasi mata dan telinga sahaja yang menggunakan bahan maujud kerna telah ditugaskan oleh En. Ashri untuk berbuat demikian. Majlis presentation pada malam itu akhirnya selesai dengan jayanya pada jam 11.30 malam dan guru pelatih yang masih belum makan dibenarkan untuk keluar makan di luar dan harus balik menjelang 12.30 tengah malam. Nasib baik la sebab pensyarah BM kitaorng kan ketua warden, senang la skit, he3x...


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +