+ KaJiaN SoSiaL +

BBQ LaTa BeLaTaN

| 14 October 2012
 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 4/2012 ini. Entry kali ni kami nk cerita pasal aktiviti kami yang diadakan 3 minggu lepas raya baru2 ni, kitaorng (geng lelaki sahaja) telah mengadakan BBQ di Lata Belatan, Jertih. BBQ ni diadakan untuk merelease tension kitaorng swaktu buat tugasan kerja kursus (assignment) hehehe Tapi tak smua geng laki KS0 yang terlibat sebab ada yang terlibat dengan aktiviti lain. Antara yang pergi ialah admin, Shamil Turbo, Iqbal HERBALIFE, Syazrin Dragon Fish, Dato' Fahmi, Adib eBook dan seorang tetamu jemputan iaitu Syafiq PAI 3, hehehe Perjalanan ke sana mengambil masa sejam lebih la sebab admin dan bberapa kawan yang lain lalu ikut jalan yang sedikit jauh iaitu jalan tengah. Geng2 Dato' Fahmi lalu ikut jalan pantai dan ianya lebih dekat berbanding jalan tengah, hehehe Pukul 3 petang kitaorng mula bertolak ke sana. Sebelum tu sempat lagi singgah Pasaraya Hock Kee Seng utk beli barang2 utk BBQ, lepas tu baru bertolak. Mula-mula bimbang gak sebab cuaca nmpk mcm mendung je, takut2 gak sampai Lata Belatan nnt hujan lebat, alamanya tak berBBQ mana la ktiaorng. Perjalanan mengambil masa sejam lebih dan akhirnya kami tiba ke destinasi impian iaitu Lata Belatan. Sekitar jam 4.00 petang lebih2 la, hehehe Jom kita tengok gambar2 kitaorng sewaktu berBBQ di sana, bes wa cakap luu...


Keadaan geofizikal di Lata Belatan. Untunglah kami sebab kami pergi time hari sekolah, jadi tak ramai orang di sana. Lata Belatan kami punya, hahahaha Ada gak pelawat yang datang tapi tak ramai la, tambahan pula time tu dh nak dekat pukul 5 kan, jadi mungkin ramai yang dah balik kot.





Setibanya di sana, ktiaorng trus cari bahan2 dan barang2 utk buat BBQ, macam arang, jaring, bahan makanan, air, ais kitaorng dah bwk je sana, so cari port yg ssuai jer la utk buat BBQ, nasib baik time tu mmg x rmai org, so snang la nk cari tmpt pmbakaran n x perlu brebut dgn pengunjung yang lain.



Ni la gelagat kitaorng time dkat sane, smua relaks sbb nk release tension, hehehe Pada mulanya kitaorng nk naik lagi air terjun lata belatan tu, tapi Dato' Fahmi dah tinjau2 tempt kt atas macam xder tmpt menarik je, sama je dgn port dkat bawah. Air sungai pun xlah dalam sangat, cukup la klu nk rendam badan sikit, hahaha Jadi kami pun amik port paling bawah iaitu dekat dengan gelungsur tempt pengunjung biasa main. Sebab xder org, jadi xlah bserabut sggt kan. hehehe


Maka bermulalah kegiatan berBBQ kitaorng, ada ikan pari kecik, ikan biasa, sotong, sosej. Ayam tak sempat nk beli sbb ayam kne perap dulu sblm bakar. Nak beli time pagi takleh sbb wktu kuliah, xleh kuar IPG, hehehe jadi kitaorng pun BBQ benda2 yg senang nk masak jer...




Yum... yum amacam bes kan, hahahaha mmg best pun kitaorng makan, tapi silap sbb tbeli sos tomato, klu sos cili mmg best ler, ditambah pula mnum air bikarbonat + ais, fuh mmg sedap...



Kat atas ni sotong yang kitaorg BBQ, mmg besar dan puas hati klu dpt makan tau, hahaha kt bawah ni lak kenderaan (unta) yang kami gunakan utk ke Lata Belatan. Naik Viva dan Kancil ni mmg jimat, minyak dalam RM10 lebih2 je ke sana, Jumlah KM ke sana dalam 100KM gak pegi balik.



Untuk keselamatan kpd sesiapa yg bhajat nk buat aktiviti di Hutan Lipur Lata Belatan atau mana2 hutan lipur sekalipun, kne jauhi kawasan berair time sewaktu/selepas hujan lebat sebab takut dibimbangi ada KEPALA AIR yang datang secara tiba-tiba. Kes ni la yg bnyk menyebabkan kecelakaan di kawasan air terjun mcm lata ni. Na'uzubillahi Min Zalik. 

Tepat jam 6.00 petang, maka kami pun bertolak pulang ke IPG KDRI. Perjalanan balik pun ambil masa dalam sejam lebih la. Kami tiba di IPG KDRI dalam pukul 7.30 malam lebih2 gak. Memang penat tapi kenangan bersama sahabat2 sekelas di sana cukup indah dan dapat mengukuhkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Bertemu lagi di Entry akan datang, Wassalam....

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +