+ KaJiaN SoSiaL +

OuTinG FoToGRaFi TP di PaSaR PaYanG

| 19 October 2012
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera & salam 1Malaysia. selamat mengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 4/2012 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Pada entry kali kami nak citer pasal aktiviti kami iaitu OUTING FOTOGRAFI subjek TEKNOLOGI PENDIDIKAN (EDU 3105) yang diadakan di Pasar Besar Payang, Kuala Terengganu. Kami telah ke sana bersama dengan geng PAI 3 Sem 4. Dulu klu apa-apa aktiviti pasti kami akan terlibat dengan diorang, mungkin sebab dalam senarai unit-unit batch kami, nama kelas kami KS di bawah PAI 3 (ni blog kelas diorang http://klaskitepai3.blogspot.com/), hahaha Kami telah bertolak ke Pasar Besar Payang menaiki bas IPGM yang sederhana baru tepat jam 2.00 petang. Perjalanan tak lama pun, dalam 20 minit kot sebab bandaraya Kuala Terengganu time ni tengah jalan jem, so lambat la sikit smpai. Setibanya kami di sana, kami telah diturunkan dekat waterfront Kuala Terengganu, tempatnya memang menarik dan ada tarikan pelancongan. Bangunan di waterfront ni pun ada nilai estetika iaitu ukiran yang pelbagai, walaupun ia dibuat dengan acuan simen, tapi tetap ada perbezaan dengan bangunan lain. Jom kita perhatikan photoshot yg sempat kitaorng amik time ada kt sane yer....



[ATAS] Bangunan di tepi waterfront yang menarik. [BAWAH] Jalan di tepi waterfront KT.









[BAWAH] Antara ahli kelas kami, Pusparajan, antara photographer di IPG bersama DSLR Canonnya...



[BAWAH] Kiri Syafiq PAI 3, tengah Syazrin Dragon Fish KS0 & Adib Coi KS0, bergambar bersama untuk kenangan di bangunan waterfront.






[BAWAH] Kat bawah ni nama dia Adib Choi, antara mat jambu dalam kelas kitaorng, hhehe



Antra photoshot yang kami sempat shoot time dok dekat Pasar Besar Payang.





Deretan barangan yang dijual di kedai-kedai di Pasar Besar Payang. Tempat ni memang ada macam-macam produk, ada pakaian, ada makanan, ada kueh, ada kain-kain, ada produk2 kesihatan dan macam2 lagi. Datang la, tak rugi tau, barang agak murah tau...















Wah bendera apakah ini, sungguh strategik di kawasan tumpuan pelancongan, hehehe



Kami ke sana sebenarnya kne amik gambar2 yang pelbagai jenis sesuai dengan subjek Teknologi Pendidikan (TP EDU 3105). Antaranya ialah tilt, pan dan lain2, tak ingt sangat la sebab istilah dia pelik2 kan, dahla dlm bahase omputih, admin pun tak pandai nk speaking london sgt...wakakaka better bercakap & fasih bahasa sendiri dari hnya pandai fasih english tpi BM berterabur... Ok kawan2, berjumpe lagi di entry akan datang yer...Wassalam & salam Ceria 601....



JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +