+ KaJiaN SoSiaL +

KaRNiVaL KeMeRDeKaaN IPG KDRI 2012

| 16 October 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua yang sudi lagi berkunjung ke laman blog Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Apa khabar semuanya?? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian sebuah lagi program yang kami ikuti di IPG KDRI iaitu Majlis Perasmian Karnival Kemerdekaan IPG KDRI 2012. Program ini diadakan pada 9 September 2012, agaka sedikit lewat akibat dari pelbagai kekangan. Program bermula sekitar jam 7.45 pagi dengan semua hadirin memenuhi dewan. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah Ceramah Kemerdekaan dari wakil MB Terengganu, lakonan skesta kemerdekaan dari adik2 PPISMP Sejarah semester 3, koir lagu kemerdekaan dan perasmian oleh Tuan Pengarah IPG KDRI. Jom kita telusuri bersama aktiviti sepanjang program. 


Ceramah kemerdekaan oleh wakil dari MB Terengganu. Sungguh menarik dengan pelbagai lawak jenaka dan tidak mengantukkan mata hadirin yang hadir. Pelbagai maklumat, pengalaman dan cerita kisah kemerdekaan yang dapat diperolehi.


Hadirin memenuhi dewan, program amat berjaya.


Berikut pula merupakan skesta kemerdekaan yang dilakonkan oleh adik2 PPISMP Sejarah Semester 3. Mengisahkan perjuangan rakyat di Tanah Melayu sewaktu dulu bangkit menentang penjajahan Jepun sehingga akhirnya mencapai kemerdekaan melalui Rundingan London. Memang menarik dan penuh aksi, ada aksi tembak-menembak, aksi lawan tangan dan sebagainya.





Tentera jepun datang mengganas dan menyeksa rakyat jelata sewaktu itu.






Mujurlah ada rejimen askar melayu diraja yang mempertahankan Tanah Melayu sewaktu itu sehingga tentera jepun terpaksa mengerahkan 1 Divisyen iaitu bersamaa 1000 tentera untuk melawan hanya 40 askar melayu di Singapura. Sungguh menarik sekali.





Akhirnya ketumbukan askar melayu tersebut menjadi keras seperti tugu negara dan tiba-tiba keluar seorang perempuan melayu berpakaian baju kurung dan bertudung oren kuning mendeklamasikan sajak kemerdekaan di sebelah tugu tersebut.


Bawah ni lak Adib eBook (kiri sekali) dan akim MYVI Turbo (tengah) yang merupakan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP) yang incharge sewaktu hari tersebut.


Kelihatan hadirin memenuhi dewang shingga ke belakang dewan, ruangan pun x cukup tapi krusi byk lagi...



Akhirnya, kesemua askar jepun dan askar RAMD hidup kembali dan berbaris di hadapan pentas, kekeke just kidding, akhirnya para pelakon dan suara latar pun berbaris di hadapan pentas dan sama2 menyanyikan lagu kemerdekaan...


Kt bawah ni lak kumpulan koir IPG KDRI yang terdiri dari PISMP Prasekolah Semester 2 sedang mengambil tempat utk berkoir lagu2 yang menarik.







Akhirnya majlis pun bersurai dalam jam 9.00 pagi gitu la, apapun persembahan memang menarik dan majlis berjalan dgn smoothnya, hehehehe

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +