+ KaJiaN SoSiaL +

LaWaTaN ReaKToR IPGM ke IPG KDRI

| 17 October 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Sekarang ni dah nak akhir sem, jadi kepada semua guru pelatih IPGM seluruh Malaysia, macam mane dengan study korang?? Ok tak? Tak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan kan, so, kne bykkan study, jangan study hard shj, kne study smart gk okey, hehehe

Pada kali ni kami nak berkongsi dengan kalian semua tentang event di IPG KDRI yang diadakan pada 16 September 2012 lalu, kami tak sempat nak post psal byk sgt assignment nk kene buat, dahla kena hantar pada tarikh yang dekat2 je semua. Event yang kami maksudkan ialah LAWATAN TUAN REAKTOR IPGM INDUK ke IPG KDRI, iaitu Y. Bhg. Datuk Dr. Haili Bin Dolhan. Terima kasih kepada datuk kerana sudi menziarahi IPG kami yang tidak seberapa ini. Kedatangan datuk menyerikan lagi IPG kami. Pada hari tersebut, semua warga IPG KDRI telah berhimpun di Dewan Al-Farabi untuk sama-sama mendengar syarahan perdana dari Y. Bhg. Datuk. Program bermula pada jam 7.45 pagi dengan para hadirin warga IPG KDRI berhimpun di dalam al-Farabi menantikan kedatangan Y Bhg. Datuk.


Kedatangan warga IPG KDRI yang memenuhi dewan al-Farabi.




Persiapan yang dilakukan memang gempak kerana ianya majlis rasmi IPG KDRI yang melibatkan VIP.



Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah IPG KDRI, Encik Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali yang mewakili warga IPG KDRI meraikan kedatangan tetamu yang cukup istimewa.



Seterusnya ucapan/syarahan perdana dari Tuan Reaktor IPGM. Pelbagai isu mengenai bidang pendidikan telah beliau utarakan, malah beliau juga memberikan pelbagai nasihat, panduan yang berguna untuk diikuti oleh setiap warga IPG KDRI.






Syarahan perdana oleh Tuan Reaktor selesai sekitar jam 9.00 pagi dan seterusnya majlis diserikan dengan nyanyian solo dari abg senior yang mendendangkan lagu kegemaran Almarhum Dato' Razali Ismail. Lagu yang cukup penuh nasihat dari seorang suami kepada isteri. Seterusnya ada persembahan koir IPG KDRI yang mendendangkan beberapa buah lagu khas untuk Tuan Reaktor. Majlis bersurai sekitar jam 9.20 pagi.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +