+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT HaRi GuRu 2011M

| 15 May 2011
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera, salam 1Malaysia buat kalian semua yang sudi berkunjung semula ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 dari IPG KaDRI ni. Bersempena 16 Mei 2011, kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada kesemua insan di luar sana yang bakal/sedang/pernah bergelar GURU terutama sekali kepada guru kami dari sekolah rendah, menengah dan juga para pensyarah dari IPG KaDRI. Jasa kalian semua tidak akan kami lupakan buat selamanya. Kerana kalian dengan izinNya kami kini berjaya menjadi modal insan yang berjaya. Insyallah tidak lama lagi kami akan bergelar sebagai seorang guru, kami berjanji kami akan berusaha menjadi pendidik yang sanggup berkorban segalanya demi memastikan anak didik generasi masa hadapan berjaya di dunia dan di akhirat. Segala jasa cikgu sekalian tidak pernah kami lupai, hanya doa kesejahteraan buat cikgu2 sahaja yang dapat kami luahkan setiap kali dalam doa kami. Semoga cikgu semua di dalam rahmatNya, insyallah, Amiinn....


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU
2011M
16 MEI 2011


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +