Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia buat kalian smua. Selamat datang ke Teratak PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 dari IPG KaDRI ini. Kini setelah hampir 5 bulan kite bertungkus lumus belajar, menyediakan kerja kursus projek, menjalani pelbagai program, menghadiri pelbagai seminar, dan sebagainya, kini tibalah kita di akhir sem. Ini bermakna kita pun dh dekat dengan peperiksaan akhir semester. Jadi untuk peperiksaan yang akan menjelma tidak berapa lama lagi ni, kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 ingin mengucapkan SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN dan SEMOGA MAJU JAYA MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR kepada kalian semua terutama dari IPG seluruh Malaysia. Semoga segala kerja buat kita sepanjang sem ni ada keberkatannya. Kadang-kadang orang tak perasan akan pengorbanan kita buat, biarkan mereka tidak perasan dan tidak tahu, kerna kita buat itu bukan untuk menunjuk dan bermegah. Buatnya kerana Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Insyallah. Pada minggu hadapan, peperiksaan akan bermula, bagi kelas kami iaitu PISMP Kajian Sosial, kami akan menempuh peperiksaan PISMP buat pertama kali. Dari sudut peperiksaannya, agak kelihatan sama dengan peperiksaan PPISMP dulu, yg berbeza mungkin isi pembelajaran yang agak rumit dan harus menjawab dengan jawapan yang berdaya saing dan berminda kelas pertama. Tak boleh jawab dengan ayat-ayat macam kite jawab SPM dulu, kite dh berada di level yang tinggi sekarang, beberapa langkah lagi sebelum menjadi seorang guru bertauliah dari IPG.
Buat kesemua guru pelatih dari semua kursus dan semua IPG di seluruh Malaysia, kami ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR, semoga kite smua maju jaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ingatlah bahawa kerjaya seorang guru ini amat berat tanggungjawabnya, hanya orang yang menceburi kerjaya perguruan sahaja tahu betapa beratnya tanggungjawab guru itu sendiri. Pada orang luar, kerjaya guru merupakan kerjaya paling senang, kerja pukul 7.45 pagi, balik pukul 1.30 tenghari. Mereka tidak melihat betapa sengsaranya guru membuatkan seseorang murid itu menjadi manusia yang berguna. Guru walaupun cuti, tapi dalam cuti tu ada kelas tambahan, kena jaga peperiksaan, tanda kertas exam, kne gilir2 syif jaga urusan di sekolah, hantar murid pergi berkhemah/pertandingan, latih murid siang dan malam dalam apae2 pertandingan yang dianjurkan. Semua tu tugas guru, tak termasuk lagi kena tanda kehadiran, jaga RMT, jaga Perpustakaan/Makmal komputer, jaga peralatan bilih KHB, jadi urusetia/jurulatih sukan dan beribu lagi tugas. Tapi orang luar yang buta hatinya tidak akan mengetahui betapa beratnya tugas guru, semoga mereka dibukakan pintu hati untuk mengerti betapa besarnya tanggungjawab seorang guru. Oklah, jom kite tengok jadual peperiksaan kelas kami iaitu PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 seperti di bwah.
19/5/2011 (2.30 ptg - 5.00 ptg) - Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDU 3101)
23/5/2011 (8.30 pg - 11.00 pg) - Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
24/5/2011 (2.30 ptg - 5.00 ptg) - Pengenalan Pengajian Sosial (PSS 3101)
25/5/2011 (2.30 ptg - 5.00 ptg) - Sosiologi dari Perspektif Pengajian Sosial (PSS 3102)
Wassalam

1 komen:
slmt mnjwb exam sume.good luck utk paper KS kite :)
Post a Comment