+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT BeRCuTi ULtraS KS

| 26 May 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada kalian yang sudi berkunjung ke taratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 IPG KaDRI ini. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Sedar tidak sedar, sudah 5 bulan kita berada di pertengahan tahun 2011. Baru semalam terasa kita memasuki PISMP dan terasa bagaikan kelmarin kita baru selesai menjalani orientasi PISMP. Kini sudah selesai semester 1/2011. Sungguh cepat masa berlalu dan sungguh suntuk waktu untuk kita menimba ilmu mengenai keguruan sebelum kita dipostingkan ke sekolah nanti. Semoga segala ilmu yang kita dapati akan berguna kepada kita terutama sewaktu mengajar nanti, insyallah, Amiinn....

Pada kali ini, kami dari PISMP Kajian Sosial/PJ/BM dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI AKHIR SEMESTER kepada semua ahli kelas KS IPG KaDRI, guru-guru pelatih dari IPG di Seluruh Malaysia. Semoga cuti ini dapat digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. Mungkin ada yang akan bekerja walaupun hanya selama 3 minggu. Yang penting jaga keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Semoga kita akan bertemu kembali di semester akan datang. Buat ahli-ahli kelas KS IPG KaDRI, semoga Tuhan merahmati kalian dan insyallah jika umur panjang, kita akan bertemu kembali di semester hadapan dengan pelbagai aktiviti menarik lagi akan kita sertai, Amiinn.... Insyllah. Akhir kata SELAMAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA.
Wassalam...

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +