Wassalam....
Carolina Wolf: Carolina Wolves, #1
6 years ago
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 ambilan januari 2011 ini. Pada entry sebelum ini, kami mengucapkan selamat datang kepada semua guru pelatih baru ke IPG Kampus Dato' Razali Ismail terutama kepada junior kami iaitu PISMP Sejarah yang juga merupakan salah satu unit di bwah Jabatan Kajian Sosial IPG KaDRI. Semoga kalian bergembira datang dan menghadiri kuliah di IPG KaDRI ini. Pada pagi ini (21 Jun 2011) kami sekelas telah dapat menerima keputusan peperiksaan bagi semester lepas iaitu PISMP Semester 1. Dengan ini, kami ingin mengucapkan TAHNIAH kepada sahabat-sahabat seunit kami yang telah berjaya. Alhamdulillah kebanyakannya mendapat keputusan yang tinggi dan boleh dikatakan kesemuanya mendapat keputusan yang lebih baik berbanding semester2 sewaktu PPISMP dahulu. Bersyukur ke hadrat ilahi kerna diberikan limpah kurnia berbentuk kejayaan di dalam peperiksaan ini. Namun ini semua hanyalah langkah pertama kami di program PISMP, masih ada 7 semester lagi yang sedang menanti di hadapan. Diharapkan momentum kejayaan ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan dan dapat ditingkatkan lagi agar satu kelas kita dapat ijazah kelas pertama nanti, insyallah. Semoga ianya menjadi kenyataan, yang penting usaha dan tawakal harus digandakan pada setiap semester kerna pastinya semester akan datang banyak lagi ilmu2 yang harus kita pelajari dan peperiksaan yang semakin mencabar, bersesuaian dengan cita-cita kita hendak menjadi guru yang hebat, insyallah. Sekali lagi kami ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat sekelas kami. Jumpe lagi di entry akan datang.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 IPG KaDRI ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendanya dalam menempuh kehidupan-kehidupain yang dipenuhi pahit dan manis di IPG. Hari ini merupakan hati gembira buat kami kerna setelah 3 minggu selamat bercuti di kampung masing2, ini tibanya masa kami mula membanting keringat dan memerah kecerdasan otak untuk melatih diri menjadi seorang guru yang kompeten dan berwibawa insyallah. Semoga segala kehidupan seharian yang kita tempuhi dapat mematangkan lagi kita mengenai hidup ini.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 dari IPG KaDRI ini. Semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya terutama kepada sesiapa yang akan memandu dalam jarak yang jauh untuk balik ke IPG. Ada yang balik pada hari ini (sabtu) dan ada yang balik pada hari esok (ahad) terutama sesiapa yang berada berdekatan dengan IPG masing-masing. Apapun yang penting kalian semua berhati-hati ketika memandu, jadilah pemandu yang berhati-hati dan bijak di jalan raya. Tidak semua jalan boleh kita memandu pada kelajuan tinggi dan tidak semua jalan kita boleh memandu dalam kelajuan yang perlahan. Apa yang penting? Biar lambat asalkan selamat hendaknya. Semoga kita dapat menempuh perjalanan hidup sebagai bakal guru di IPG dengan jayanya nanti, insyallah.
Apakah ceritanya pada post kali ini? Sudah pasti kalian sudah mengetahuinya jika dilihat dari tajuk entry kali ini. Itulah sebenarnya tujuan kami postkan entry ini. Kami secara rasminya melalui kenyataan secara rasmi di blog ini, kami PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 Ambilan Januari 2011 secara rasminya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA 2011M kepada sesiapa sahaja yang di luar sana yang akan/sedang/pernah menjadi bapa. Tidak kiralah anda belum berkahwin ataupun sudah bergelar bapa. Hayatilah mesej ini, kerana setiap pengorbanan seorang bapa amat berharga nilainya. Dari keringat peluhnya mencari rezeki, dari jerih penatnya itulah kita dapat hidup di dalam keadaan yang selesa kini. Hendak dibelikan baju baru, terus dibeli, hendak ambil lesen kenderaan, terus ayah hantar ke sekolah memandu, hendak masuk IPG, terus ayahanda sanggup berlapar sedikit menyimpan duit untuk dijadikan bekalan kepada anak takut kelaparan di IPG, hendak laptop & printer baru, terus ayah keluarkan duit simpanan agar anaknya dapat memiliki laptop dan printer bagi memudahkan membuat kerja nanti. Semuanya dilakukan untuk anak tercinta. Walaupun kadang-kadang sang ayah terpaksa menolak permintaan anak-anak, tetapi percayalah ada sebabnya mengapa ayah menolak permintaan kita, ayah sudah berfikir panjang di masa hadapan. Ayah ingin melihat anaknya menjadi anak yang soleh/solehah. Ayah inginkan anaknya berjaya di dunia dan akhirat.
Justeru, hargailah jasa dan pengorbanan seorang ayah. Jika ayah seorang yang garang, percayalah bahawa ayah garang bukan kerna ayah membenci kamu, tetapi ayah ingin bertegas kepada kamu dan ayah ingin mengajar bahawa setiap keputusan yang ingin dilakukan dalam hidup kita perlu ada keyakinan dan ketegasan. Jika tidak kerna bertegas, kita akan terlalu dimanjakan dan menjadi anak yang lembik tidak bermaya mengharungi dunia yang sungguh mencabar ini. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, curahkanlah sepenuhnya kasih sayang kepada ayah sebelum Allah Taala menjemput ayah ke hadapanNya. Jika ayah sudah dijemput oleh Allah Taala ke hadapanNya, perbanyakkan doa kepada ayah, agar roh ayah aman di sana. Hanya doa dari anak yang soleh dan solehah sahajalah yang dapat membantu ayah di sana. Ayah ibarat lilin yang membakar dalam hidup kita, sanggup tidak bergaya, hanya memakai seluar sama setiap hari, memakai baju sama setiap hari, semuanya untuk anak yang tercinta agar anak tidak memakai baju dan seluar yang sama setiap hari. Maka ambillah peluang yang masih berbaki ini, luahkan kepada ayah betapa cintanya kalian kepada ayah. Hargai ayah dengan kata-kata yang manis, dengan kejayaan yang membanggakan dan menyenangkan hatinya. Sesungguhnya keredhaan Allah itu juga terletak di bawah keredhaan seorang Ayah.
Semoga kita sama-sama dapat berbakti dengan sebaiknya kepada ayah, hiburkan hatinya dengan tingkah laku yang baik, tutur kata yang sopan dan kejayaan yang dia impikan untuk berlaku ke atas kita. Sesungguhnya ayah penyeri hidup kita. Selamat menjadi anak yang soleh/solehah untuk ayah anda.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada sesiapa sahaja yang sudi melawat teratak terindah milik PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya terutama setelah 3 minggu berada di rumah di kampung bersama keluarga masing-masing. Buat makluman sesiapa sahaja yang bukan dari IPG, kami guru pelatih di IPG cuti sama dengan pelajar sekolah tetapi untuk cuti pertengahan tahun ini, kami cuti selama 3 minggu, iaitu 1 minggu tambahan dari cuti adik2 di sekolah. Namun kini, setelah 3 minggu masa cuti yang penuh ketenangan di kampung, kami akan kembali menapak di IPG untuk menjalani kehidupan seharian kami sebagai guru pelatih di IPG KaDRI, Kuala Terengganu, Terengganu.
Justeru, kami sekeluarga PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 dari IPG KaDRI ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI BERKULIAH terutama kepada semua guru pelatih tanpa mengira dari mana2 IPG, mana2 unit/opsyen dan mana2 semester. Semoga dengan kembalinya kita ke IPG, insyallah kita akan memantapkan lagi diri kita dalam membentuk jiwa sebagai seorang guru. Kepada sesiapa yang memandu sendiri untuk balik ke IPG, semoga kalian semua selamat tiba ke IPG. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan tidak bermaya, ambil masa sedikit untuk berhenti di mana2 bagi berehat. Jangan memandu terlalu laju, ingtlah orang yang tersayang. Harus memandu secara bijak, ada tempat yang boleh laju, silakan tapi bhati2, jika tempat yang tak boleh bawak laju, perlahan kelajuan kenderaan dan berhati. Semoga Allah Taala melindungi kalian semua. 
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat semua. Pada kali ini, kami ingin berkongsi saat duka salah seorang saudara sekelas kami. Sesungguhnya Allah itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI. Tepat jam 3.20 petang tadi, Bonda kepada saudari sekelas kami iaitu Zainab Asilah Binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah menghadap Ilahi. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang-orang yang soleh dan solehah, Amiinn. Buat asilah, tabahkan hatimu, banyakkan berdoa setiap kali selepas solat agar Allah menempatkan roh ibumu bersama roh orang-orang yang soleh dan solehah yang lain. Kerana matinya seorang anak adam itu, hanya 3 perkara akan dibawanya ke liang lahad, pertama (1) Amal kebajikan sepanjang hidup, kedua (2) Sedekah jariah yang tidak putus-putus, ketiga (3) Doa dari seorang anak yang soleh dan solehah. Insyallah, asilah berdoalah siang dan malam kepada roh ibu. Sesungguhnya Allah itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.
Buat Asilah, tabahkan hatimu. Kami saudara sekelasmu akan sentiasa teguh berdiri di sampingmu dalam meniti kehidupan ini. Kami akan menyokongmu dalam mengharungi saat-saat duka ini. Banyakkan berdoa kepadaNya, dan kami juga insyallah akan selalu berdoa kesejahteraan Bonda Asilah dan smua family Asilah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi bondamu. Tabahkan hatimu, kami disampingmu....
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi sekali lagi berkunjung ke Teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 Ambilan Januari 2011. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Sedar tak sedar dah hampir 3 minggu cikgu-cikgu pelatih dari IPG bercuti termasuklah kami sekelas. Tak sedar masa cepat berlalu dan tidak lama lagi kami akan menapak kembali di IPG KaDRI untuk meneruskan kembali usaha kami menuntut ilmu bagi menjadi seorang guru yang kompeten kelak, insyallah. Justeru, dengan pembukaan semester baru ini, pastinya ada perlantikan jawatankuasa yang baru menggantikan jawatankuasa kelas yang lama. Jika semester 1 PISMP, ketua unit ialah saudara pusparajan, siapakah pula ketua unit pada semester 2 PISMP ini? Setelah dirunding dengan penuh jayanya, maka jawatankuasa di bawah ini telah dipilih untuk menganggotai senarai jawatankuasa tertinggi kelas kitaorng pada semester 2 PISMP. Bagi pihak guru pelatih lelaki memang dh awal2 kami 'chop' sem berapa nak jadi KU, kcuali 2 sem akhir iaitu semester 7 dan 8yang masih lagi dirunding siapakah akan menjadi ketua unit pada waktu itu. Pada guru pelatih perempuan mereka haruslah mengadakan rundingan dan pengundian untuk menentukan siapakah yang mengisi jawatan penolong ketua unit dan juga jawatankuasa sama ada setiausaha ataupun bendahari kelas. Maka dengan rasminya, kami PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 telah bersepakat bahawa individu-individu di bawah telah dilantik secara rasmi menjawat jawatan tertinggi dalan jawatankuasa kelas PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 di IPG KaDRI.
KETUA UNIT
PENOLONG KETUA UNIT
SETIAUSAHA UNIT
BENDAHARI UNIT

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Dato' Razali Ismail ini. Apa khabar kalian semua? Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya dan di dalam keredhaanNya, Amiinn. Hari ini merupakan hari sabtu dan di IPG KDRI dan mungkin semua IPG di seluruh Malaysia sedang berlangsung pendaftaran & taklimat kepada cikgu-cikgu berdiploma dari semua sekolah yang akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di IPG seluruh negara. Semoga cikgu-cikgu semua dapat menimba ilmu dengan selesanya di IPG terutamanya di IPG KDRI. Maafkan kami seandainya IPG kami tidak berapa lengkap, ye la, IPG agak lama berbanding beberapa buah IPG yang baru ditubuhkan ataupun yang baru mendapat bangunan kuliah serta pentadbiran yang baru. Dan pada malam ini juga akan berlangsungnya perlawanan piala FA diantara negeri kuasa pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Pasukan mana yang menang tidak dapat dipastikan, kita manusia hanya mampu merancang dan Allah Taala lah yang menentukan segalanya. Sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan pilihan kita.
Buat semua guru pelatih di semua IPG seluruh Malaysia, kami dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengambil kesempatan ini untuk menghebahkan mengenai penubuhan/pewujudan sebuah laman blog baru yang sepenuhnya dikendalikan oleh pihak kami. Laman blog ini menghimpunkan nota-nota kuliah PISMP di IPG kami. Mungkin tidak lengkap sepenuhnya namun insyallah akan dilengkapkan dengan sebaiknya di masa hadapan. Semoga usaha kami mendapat keredhaanNya. Silalah berkunjung ke blog nota kelas kami di http://notapismpks.blogspot.com dan dapatkan nota yang diperlukan sama ada dalam bentuk teks ataupun pembentangan powerpoint yang telah dimuatkan secara format JPEG. Kalian boleh meng'klik' mouse kanan pada gambar powerpoint tersebut dan klik OPEN IN NEW TAB dan insyllah gambarnya akan menjadi lebih jelas. Inisiatif ini dijalankan bagi kita sama-sama dpt berkongsi nota kuliah yang berguna untuk dijadikan rujukan sama ada dalam perlaksanaan kerja kursus ataupun mencari bahan bagi pembentangan tutorial dalam kelas. Sebenarnya kebanyakan nota tersebut telah diUPLOADkan ke dalam laman web SCRIBD di link ini, namun kerana line WIFI yang dikendalikan oleh IPG dibawah KPM telah mem'block' SCRIBD, maka kami mengambil inisiatif untuk mewujudkan blog ini, insyallah segala maklumat nota kuliah dari SCRIBD akan kami postkan di blog nota pismp ks ini. Semoga kalian semua dapat mengambil manfaat dari perkongsian bersama ini. Seandainya terdapat kesalahan fakta ataupun kekurangan maklumat ataupun ingin mendapatkan softcopy pembentangan/presentation powerpoint dan nota2, sila kemukakan pertanyaan/aduan/permintaan di emel berikut (1) ksipgmkdri@yahoo.com (2) elaksamana@yahoo.com ataupun bolehlah berhubung dengan mana-mana guru pelatih PISMP KS IPG KaDRI, ataupun mana2 guru pelatih yang anda kenal di IPG KaDRI, dan insyallah jika tiada aral, kami akan memberikan respon sepantas yang mungkin. Semoga segala usaha ini bermanfaat bagi kita smua, selamat berjaya....
Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +