



Wassalam
SAJAK BUAT AYAH
Ayah
Terima kasih di atas segalanya
Kau tidak pernah mengeluh
Malah sentiasa tersenyum
Walau digamit keperitan
Ayah
Kini aku sedari bahawa
segala pengorbananmu terlalu besar
tidak terdaya untukku membalasnya
Anakmu kini berjaya ke menara gading
hasil dari titik peluhmu
membanting tulang mencari bekalan buatku
Dan percayalah
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu
Pengorbanan yang tidak pernah kunjung padam
Dari ingatanku
Yang pasti aku tak akan melupakannya
Dan kini
Aku begitu merinduimu
Walaupun kita berjauhan
Kerana aku perlu meneruskan perjuangan ini
Demi memenuhi harapanmu dan masa depanku
Namun percayalah ayah
Anakmu dirantauan ini
Tidak pernah sesekali melupakanmu
Dan percayalah aku begitu menyayangimu.
P/S : Semoga ayah sentiasa berbahagian walau di mana ayah berada. Buat kalian yang ingin mengetahui kisah sejarah berlakunya sambutan hari bapa, sila klik di http://elaksamana.blogspot.com/2011/06/sejarah-hari-bapa-tarikhnya.html
0 komen:
Post a Comment