+ KaJiaN SoSiaL +

PeRJuMPaaN KoLeJ KeDiaMaN 1

| 29 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 di IPG KaDRI ini. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi hidup suka dan duka di IPG kita. Sesungguhnya suka dan duka itu merupakan rencah kehidupan yang sentiasa tersemat di hati kita untuk kita kenangi sewaktu dikala kita meninggalkan IPG meneruskan kehidupan sebagai seorang insan bergelar guru nanti, insyallah. Pada kali ini, kami ingin berkongsi mengenai aktiviti terbaru yang kami sertai iaitu menghadiri Perjumpaan Kolej Kediaman IPG KaDRI yang diadakan pada 28 Jun 2011 (selasa) baru2 ini. Perjumpaan ini diadakan setiap sem dan tambahan pula pada semester ini terdapatnya kemasukan guru pelatih baru ke kolej kediaman. Justeru, perjumpaan ni amat penting untuk memperkenalkan warden-warden bertugas bagi setiap blok kolej kediaman untuk memudahkan para guru pelatih mengadakan urusan berkaitan dengan kolej kediaman masing-masing.

Perjumpaan ni bermula pada jam 9.15 malam di Dewan Al-Farabi IPG KaDRI iaitu dewan utama IPG KaDRI. Bermula jam 9.00 malam, dewan sudah dipenuhi terutama oleh junior2 baru masuk yang begitu teruja ingin mengikuti perjumpaan pada kali ini. Ramai jugak yang datang, boleh dikatakan hampir penuh dewan, biasalah mula2 smua bersemangat, he3x.

Ha tengok muka2 di bawah ini, semuanya bersemangat utk datang, abg2 senior PISMP Sem 2 pun bersemangat nak datang, he3x.... Utk pengetahuan smua, majlis pada malam ni turut sama dihadiri oleh Tuan Pengarah IPG KaDRI iaitu Encik Mohamed Bin Ngah. Semua warden turut hadir kecuali Dr. Azilah yang sedang berkursus di luar negeri. Semoga Dr. selamat pergi dan balik, Ammiiinnn....

Walaupun Tuan Pengarah datang agak lewat kerana beberapa faktor yang katanya tidak dapat dielakkan, namun semua hadirin tetap bersemangat ingin mendengar kata-kata azimat darinya. Memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir tuan pengarah berkhidmat sebagai pengarah sebelum bersara, maka banyaklah kata-kata nasihat dan teladan yang ingin dikongsikan bersama bagi memastikan guru pelatih terutama guru pelatih baru dapat mengambil manfaat dari kata-kata nasihatnya.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Exco Biro Kolej Kediaman iaitu saudara Muaz, lepas tu diteruskan lagi dengan ucapan dari Ketua Warden kolej kediaman iaitu Encik Mohd Ashari Harun dan akhirnya Tuan Pengarah selamat tiba ke majlis dengan diiringi oleh saudara YDP iaitu NurHafizu Adha atau nama glamornya ialah BAHA. Setelah selesai En. Ashri memberikan ucapan, maka tibalah giliran Tuan Pengarah IPG KaDRI pula memberikan ucapannya kepada segenap guru pelatih koleh kediaman. Selesai sahaja ucapan dari smua jemputan pada malam itu, telah diadakan perjumpaan antara penghuni blok dan juga warden yang bertugas, kesemua VIP telah dijemput untuk menikmati sedikit juadah istimewa yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Bagi guru pelatih, makan sendiri la kt kedai, xder sape2 sediakan, hehehe

Gambar di atas ini menunjukkan rakan sekelas kitaorng iaitu Aminnulhakim ataupun Jimmy_akim90 yang sedang membelek-belek kamera baru mini-DSLR milik individu Y di kiri Jimmy_akim90 itu. Siapakah gerangan individu Y ini? Penyiasatan DNA masih dijalankan untuk memastikan siapakah individu Y dan unit manakah berasal individu Y ini.

Di atas ini pula sewaktu ketibaan para jemputan majlis. Waktu ni Tuan Pengarah IPG KaDRI masih belum lagi tiba sbb ader sdikit hal yang harus diuruskan. Issshhh..... Sape la tunjuk p******g lak kt hadirin yg hadir.... Cover la skit....

Itu dia YDP saudara BAHA sedang berbicara 4 mata dengan Encik Ashri, ketua warden kolej kediaman. Di bawah ni pula saudara Muaz Exco Biro Kolej Kediaman sedang memberikan ucapan pendahuluannya. Byk cerita yang diceritakannnya antaranya kisahnya sewaktu dia dpanggil sebagai warden oleh salah seorang junior bru daftar. Dia kata dia ni insan biasa sahaja, he3x...

Ha, maka tibalah ucapan oleh ayahanda kita iaitu Encik Ashri Bin Harun, byk gk info2 menarik ttg kolej kediaman yang telah diberikan oleh Encik Ashri. Kebanyakkannya berguna untuk dijadikan tauladan/teladan oleh smua guru pelatih. Majlis perjumpaan pada malam ini tamat pada jam 11.00 malam lebih kurang la.
Wassalam....


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +