
Pada hari ini iaitu 20 Jun 2011, sepertimana semester kedua setiap tahun, IPG akan menerima kemasukan guru pelatih baru. Justeru, kami dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mngucapkan SELAMAT DATANG & BERGELAR GURU PELATIH DI IPG KaDRI kepada kalian semua adik2 guru pelatih PPISMP Ambilan Julai 2011 terutama unit Sejarah yang akan berada di bawah naungan Jabatan Kajian Sosial. Di IPG kami iaitu IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, kami menerima kemasukan sebanyak 5 unit/kelas. Maklumat awal difahamkan setakat ini terdapat 5 unit iaitu terdiri dari unit Tesl, PAI dan juga Sejarah. Hahaha nampaknya tahun ini kami akan menerima junior Jabatan KS yang baru iaitu junior Sejarah. Tidak dapat dipastikan apakah mereka hanya belajar sejarah sahaja sepanjang di IPG ataupun turut sama belajar subjek kajian sosial yang lain seperti geografi, ekonomi, sains politik dsb turut akan dipelajari. Jika tidak, alangkah ruginya mereka kerana pensyarah2 geografi, ekonomi dan sains politik di IPG KaDRI sungguh berwibawa dan mahir. Namun tidak mengapalah, apa yang penting kalian harus bersemangat dalam menimba ilmu menjadi guru pelatih yang berwibawa agar kelak dapat menjadi seorang guru yang sentiasa berjasa walau di mana kalian berada. Benih yang baik itu jika dilempar ke lautan akan menjadi pulau, jika dilempar ke daratan akan menjadi gunung. Semoga kalian gembira menjadi guru pelatih di IPG KaDRI ini. Selamat maju jaya.
Wassalam.
0 komen:
Post a Comment