+ KaJiaN SoSiaL +

HePi BeSDaY Ke-20 BuaT FaTiN

| 15 June 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 yang penuh dengan kisah suka duka kami sepanjang bergelar guru pelatih di IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Semoga semuanya akan menjadi 1001 kenangan terindah buat kami kerna sepanjang 5 tahun (berbaki lagi 3 tahun) kami berada di IPG, banyak kisah suka dan duka yang berlaku. Sama-samalah kita ambil yang jernih dan buang yang keruh, insyallah. Dan buat kalian semua, terutama kepada guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 dari mana2 IPG sekalipun, sekiranya kalian memerlukan nota pembelajaran dan kuliah, kalian boleh dapatkan di http://notapismpks.blogspot.com. Sebenarnya blog nota ni bukan dkhususkan kepada nota KS/PS sahaja, tapi meliputi nota2 subjek profesional yang lain.

Pada kali ini, kami satu kelas PISMP Kajian Sosial IPG Kampus Dato' Razali Ismail, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-20 buat salah seorang sahabat/saudara sekelas kami iaitu NUR FATIN BINTI ABDUL AZIZ. Semoga dengan meningkatnya usia fatin, Allah Taala akan memurahkan rezeki Fatin di dunia dan akhirat, insyallah. Semoga berbahagia. Seandainya ada salah silap kami sekelas sepanjang perkenalan selama hampir 2 tahun ini, kami ingin mohon maaf. Sesungguhnya setiap manusia itu melakukan kesilapan, dan kita hendaklah mengakuinya dan meminta maaf dari sesiapa sahaja yang berkenaan. Selamat hari lahir fatin.
Wassalam.....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +