+ KaJiaN SoSiaL +

LaTiHaN SkeTSa SeMPeNa EnGLisH WeeK 2012

| 21 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 Ambilan 2011 ini. Semoga kalian smeua sihat walafiat hendaknya di samping insan yang tersayang, ceewah...

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru kami. Pada minggu ini, Jabatan Bahasa-Bahasa telah menganjurkan English Week atau dalam BMnya Minggu Bahasa Inggeris. Walaupun English adalah bahasa barat dan penjajah, kita tak dapat menafikan bahawa bahasa penjajah ini penting dalam kita berinteraksi malah untuk mendapatkan ilmu. Ini kerana negara kita masih kurang menghasilkan karya-karya terjemahan kerana tiadanya galakan dari pihak pemerintah. Semoga kerajaan menyedari isu ini, dengan adanya terjemahan, maka mudahlah untuk rakyat negara ini mendalami pelbagai bidang ilmu yang sukar untuk didalami melalui pakar dalam negara.

Untuk minggu ini, kami akan menyertai pertandingan sketsa bahasa inggeris dan diwajibkan kepada semua unit untuk terlibat tanpa sebarang pengecualian. Pada mulanya kami agak keberatan untuk menyertainya, namun atas dasar timbangrasa dan semangat setiakawan, maka kami sertai juga dengan bermatlamat hanya sebagai hiburan dikala stress. Takde niat nak menang pun, hehehe sebab kami pun banyak lagi aktiviti dan kajian lapangan yang nak dibuat. Jadi demi memastikan perjalanan persembahan nanti lancar, maka kami telah mengadakan latihan untuk memantapkan persembahan lakonan. Sebenarnya sketsa memerlukan pelakon untuk bercakap sendiri, namun kami mengambil kaedah mudah dengan menggunakan format pentomen dalam persembahan, iaitu pelakon di atas stage tidak perlu bersuara dan hanya narrator yang terdiri dari 4 panel iaitu Iqbal Smarties, Fahmi Usahawan KS0 merangkap Ketua Unit, Syuhada Dungun dan seorng sahabat kami dari unit PAI 3 iaitu Husna. Sebenarnya untuk persembahan ini, kami bergabung dengan unit PAI 3, geng ustaz & ustazah yang sporting gitu. Jom ikuti latihan sketsa kami...

Sesi latihan sedang diadakan di Bilik Kuliah 6, Blok PKPG.

Saudara Kubo @ Ujang @ Firdaus yang memegang watak Abah, wakaka

Begitu serius mendengar penerangan dan perbincangan untuk sesi persembahan nanti berpandukan skrip yg telah disediakan.


Maka sesi latihan persembahan bermula, agak kaku sebenarnya, tapi lama2 OK la tu, hehehe


Waa... nampak tak prop kitaorng, prop dekat belakang tu, yg ader tayar sekerat, tu la prop kereta kami, kami pinjam dri org gk, hehehe






JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +