Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua sebuah aktiviti terbaru yang kami sertai. Baru sahaja sehari berlalu iaitu Majlis Sambutan MaulidurRasul Peringkat IPG KaDRI. Majlis ini diadakan pada 9 Februari lalu iaitu hari khamis yang diadakan di IPG kami dan juga kawasan sekitar IPG. Program ini melibatkan semua mahasiswa guru dari semua peringkat termasuk abg2 KPLi, DPLi & GSTT. Majlis bermula seawal 7.30 pagi dengan semua guru pelatih berkumpul di dataran perhimpunan dalam Jabatan masing-masing. Bagi kami PISMP Kajian Sosial, kami telah berkumpul bersama-sama dengan senior dan junior lain di bawah Jabatan Kajian Sosial. Unit di bawah Jabatan Kajian Sosial ialah Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan juga Sejarah yang baru diperkenalkn di IPG. Setelah selesai kesemua mahasiswa guru dan juga para pensyarah berkumpul, maka barisan perarakan bermula. Untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perarakan, beberapa pasukan pemantau trafik dari pasukan pegawai Kadet Remaja Sekolah IPG KaDRI telah ditugaskan untuk berkawal di beberapa persimpangan sepanjang laluan perarakan. Dari unit kami 5 anggota ditugaskan untuk berkawal sepanjang laluan perarakan. Yang terlibat ialah Fahmi, Adib, Syazrin, Amsyar & Ayyas... hehehe di bawah ni menunjukkan Ketua Unit kelas kami bagi semester ni iaitu Fahmi sedang posing di atas motor Egonya sewaktu sedang menanti rombongan perarakan tiba.
Setelah sekian lama menanti, akhirnya kelihatan dari jauh rombongan perarakan MaulidurRasul IPG KaDRI melintas checkpoint kawalan. Sungguh bersemangat, Tuan Pengarah pun ada sekali.
Individu2 yang terlibat dalam perarakan MaulidurRasul. Geng blok kolej kediaman kami ni, hehehe
Kelihatan sepanduk yang dibawa oleh setiap jabatan. Sebenarnya ada pemarkahan utk setiap sepanduk dari setiap Jabatan. Dan pemenang akan diumumkan sewaktu majlis ceramah Maulidur Rasul setelah tiba di IPG nanti.
Sebenarnya untuk perarakan ini juga, murid-murid sekolah SK MPKT juga terlibat dan dibawah menunjukkan gerombolan murid-murid yang sedang berada dalam perarakan. Semuanya kelihatan hepi...
Haa, di bawh ini merupakan perarakan dari Jabatan Kajian Sosial iaitu jabatan yang menaungi unit/kelas kami. Kelihatan kakak2 & abang2 senior mengetuai perarakan. Junior2 yang lain juga ada di belakang bersama dalam 1 kelompok.
Ha, di bawah ni mrupakan geng kelas kitaorng yang sempat lagi bhenti posing utk amik gambar, hehehe Dari kiri Mimi, Aishah, Syuhada, Asilah, Aida & Farahiyah, hehehe Hepi dpt tangkp gambar ek, hehehe
Dibawah ni lak Hanafi & Luqman, pegawai KRS yang berada di checkpoint hadapan. Setelah tamat barisan perarakan, maka kami trus ikut barisan perarakan dari belakang. Jika ada sebarang masalah atau sapa2 yang pengsan, x bmaya insyallah ada backup...
Di bawh ni lak geng KS0 kami iaitu Amsyar yang menunggang motosikal 135 LC. Tersengih nampaknya, hehehe
Akhirnya kami selamat tiba di IPG dan kesemua yang terlibat mengambil pluang yang ada untuk berehat, minum2, makan2 dan borak2 sblm msuk ke dewan utk acara seterusnya, hehehe
Sedang mengambil makanan di bawah khemah berhadapan dewan al-farabi...
Bile dh dapat makanan, kami pun berehat bawah pokok dekat Dataran Ilmu dan minum2 sambil makan2 gitu. Sambil2 tu borak gk la, hehehe
Pegawai KRS yang mengiringi perarakan pun berehat jugak la, hehehe
Bile dh siap makan & minum, kami pun bergegas msuk ke dalam Dewan Al-Farabi utk 1 lagi majlis iaitu Forum MaulidurRasul & MaalHijrah yang serentak diadakan pada hari ini. Ramai juga yang datang, hehehe lgpn smua nk tggu pngumuman pemenang perarakan pagi tadi. Dalam pkul 10.45 pagi, majlis pn bermula dengan ketibaan Tuan Pengarah IPG KaDRI.
Sebelum Forum dan upacara2 lain dilangsungkan, majlsi dihindangkan dengan persembahan nasyid yang sungguh merdu dan mengasyikkan...
Setelah itu, bermulalah majlis dengan Pidato keagamaan dari 2 org wakil DPLi-JQaf yang menyampaikan pidato mengenai Hijrah & Maulid Rasul.
Wah2 kuboq, siap berposing dgn tepon lagi tu, org bz ni....hehehe
Maka majlis Forum Satu Lembaran Hijrah Ummah pun bermula dengan moderatornya ialah Ust Sabawi yang sempoi gitu, hehehe
Akhirnya majlis tamat pada jam 1 tengahari dan kesemua hadirin dibenarkan pulang untuk berehat. Walaupun letih sepanjang program terutama yang terlibat dengan perarakan, tapi banyak kenangan manis dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang program berlangsung. Tapi yang tak besnya kami kne ganti kuliah utk hari ni. Klu ikut jadual 4 jam kne ganti, nasib baik utk subjek Hubungan Etnik, En. Hasnul telah ganti awal2 lagi.... Tinggal subjek PSV je nk kne ganti, hehehe Oklah, bertemu lagi di post akan datang, semoga sihat selalu, Wassalam...
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
0 komen:
Post a Comment