+ KaJiaN SoSiaL +

PeRJuMPaaN KoLeJ KeDiaMaN BeRSaMa PeNGaRaH

| 09 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 yang insyallah bermanfaat dengan perkongsian aktiviti-aktiviti yang kami sertai dip IPG. Pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai aktiviti yang besar diadakan di IPG kami yang melibatkan semua penghuni kolej kediaman mahasiswa guru dan juga kehadiran Pengarah IPG KaDRI iaitu Encik Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali. Perhimpunan Perjumpaan Antara Penghuni Kolej Kediaman dengan Tuan Pengarah telah diadakan pada 8 Februari 2012 jam 9.00 malam yang telah diadakan di Dewan Al-Farabi. Perhimpunan pada malam ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para penghuni kolej kediaman. Pada kebiasaannya kami hanya perlu mendaftarkan nama sahaja di kaunter pendaftaran, namun pada kali ini terdapat sedikit kelainan yang diamalkan oleh pihak pengurusan Kolej Kediaman iaitu sesiapa yang mendaftar harus meninggalkan kad kolej kediaman di kaunter pendaftaran disamping mendaftarkan nama dan nombor bilik serta nama blok kediaman.



Gambar di atas dan dibawah menunjukkan penghuni blog kami yang sedang mendaftar. Diorg ni dri PISMP Sem 1 Prasekolah, hehehe tersengih je...


Maka kami pun masuklah ke dalam dewan. Gambar di atas menunjukkan geng KS0 kami iaitu Aminnulhakim (baju merah), Shamil WorkinginClass (berkopiah hitam berbaju biru) & Amsyar (Baju koko2 tersnyum), hehehe Agak ramai jugak yg datang pada malam tu, mgkin sbb nk jumpe pengarah kot...

Ketibaan Tuan Pengarah...

Majlis pun bermula denagan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Biro Kolej Kediaman JPP iaitu Azmi Che Anawa.... nmpk dia agk gemuruh, biasalah 1st time ckp depn, ada tuan pengarah lak tu, sape yg x gemuruh kan, standart la...

Ha.... Lepas tu tiba pula ucapan oleh Ketua Warden iaitu En. Zaharim Bin Tawang yang menggantikan En. Mohd Asri sebelum ini. Byk gk info2 dia bgi trutama ttg disiplin, agak ketat nmpknya...


At last ucapan oleh tuan pengarah iaitu En. Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali, yang baru ditugaskan ke IPG KaDRI pad akhir Disember lepas. Orangnya tenang, sistematik dan begitu berdiplomasi. Boleh dikatakan semua penghuni kolej kediaman berbangga dgn Tuan Pengarah skrg, tambahan pula beliau menginap di rumah Pengarah yang berdekatan dgn Kolej Kediaman, klu ada pape masalah trus beliau dpt turun padang sendiri utk tinjau...

Dah selesai ucapan, maka tuan pengarah membuka sesi bertanya soalan. Dan banyak juga soalan2 telah diajukan especiallt ttg adakah semester 3 akan diarahkan keluar kolej kediaman pada penggal akan datang bagi memberikan peluang kpd adik2 PPISMP yang baru msuk utk mendaftar. Menurut ucapan balas oleh En. Zaharim, beliau mengatakan mungkin pada tahun ini tiada kemasukan utk PPISMP lepasan SPM kerana pihak KPM telah mengambil guru pelatih PPISMP dari kalangan guru GSTT utk dilatih sama seperti lepasan SPM yang lepas2 iatu 5 1/2 tahun. Kami memang gembira sebab masih lagi bpeluang utk tinggal di Kolej Kediaman, tpi kesian pulak kpd adik2 lepasan SPM baru2 ni yg mungkin tiada pluang utk masuk ke IPG. Insyallah ALLAH akan buka rezeki lain utk mereka, ALLAH itu MAHA ADIL & BIJAKSANA. Akhirnya perjumpaan ni tamat sekitar jam 11 malam.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

2 komen:

{ Novelis Hidayah } at: May 26, 2012 at 3:49 AM said...

Assalamu'alaikum...
Boleh tanya, ada tak blog kursus prasekolah PPISMP @ PISMP?

Anonymous at: May 30, 2012 at 6:00 AM said...

Waalaikumussalam...
Utk ambilan kami (PISMP Ambilan 2011) tiada ambilan/kelas utk Prasekolah, ada Pendidikan Khas shj... TQ

-Admin BloG KS0

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +