Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kunjungan kalian dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara kita semua. Alhamdulillah, pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti terkini kami yang diadakan pada 7 Februari lalu iaitu Taklimat Disiplin dan Tatatertib yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Taklimat ini hanya melibatkan mahasiswa guru dari PISMP Semester 3/2012 sahaja. Taklimat ini diadakan di Dewan Teater di pusat Bahasa Inggeris ataupun TellTRac IPG KDRI. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Unit Kehadiran, Penguatkuasaan, Disiplin & Rekod iaitu En. Mohamed Sulaiman. Buat pengetahuan anda semua, beliau pernah mengajar kelas kami sewaktu kami masih di PPISMP Sem 2/2010 dahulu. Klu x silap kami dia mengajar subjek Kemahiran Berfikir sewaktu tu. Orangnya memang ceria dan berada di dalam sesi P&Pnya pasti anda tidak kering gusi. Sebab itulah beliau disenangi oleh para mahasiswa guru di IPG KaDRI. Taklimat diadakan bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar 4.00 petang dengan pelbagai input berkaitan hal ehwal pelajar diberikan terutama membabitkan kehadiran ke kuliah, penggunaan borang K & MC dan pelbagai lagi hal2 berbangkit. Boleh dikatakan ramai juga pelajar PISMP Sem 3/2012 yang hadir. Banyak juga persoalan telah berjaya dijelaskan oleh En. Mat.
Gambar eksiden termahal di dunia di Jepun pun ada dlm slide pembentangan En. Mat, hehehe Xnak bagi mengantuk sgt time taklimat...
Setelah selesai taklimat, telah dibuka ruang untuk bertanya secara terus kepada En. Mat. Saudari Lingga dari TesL telah mengajukan pelbagai soalan yang masih tidak jelas... heheheJANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
0 komen:
Post a Comment