+ KaJiaN SoSiaL +

SuBJeK BaRu PISMP KS0 SeM 2/2012

| 12 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ini. Semoga segala perkongsian di sini dapat kita manfaatkan bersama, insyallah Amiinn. Sedar tak sedar dah nak dekat 3 minggu kita bercuti dan tinggal dalam beberapa hari sahaja lagi untuk bersama keluarga sebelum masing-masing guru pelatih akan pulang ke IPG untuk kembali berkhidmat sebagai guru pelatih di sana. Terasa baru semalam kita pulang ke kampung bersama keluarga, insyallah kita akan bertemu dengan keluarga lagi di masa hadapan dengan izinNya. Maka bermulanya lembaran semester baru bagi setiap guru pelatih nanti dan subjek-subjek baru juga akan mula dipelajari. Insyallah marilah sama-sama kita berusaha menjadi guru pelatih yang baik dan berusaha menimba pelbagai ilmu dan pengalaman bermanfaat di IPG untuk kita jadikan bekalan sewaktu bertugas sebagai guru nanti, insyallah.

Klik Untuk Perbesarkan Imej Di Atas

Di atas ini merupakan subjek-subjek yang akan ditempuhi dan dipelajari oleh guru-guru pelatih khususnya guru pelatih PISMP Kajian Sosial di seluruh IPG di seluruh Malaysia. Senarai subjek PISMP Kajian Sosial ini dipetik dari buku panduan PISMP Kajian Sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Untuk mendapatkan Pro Forma bagi subjek MURID & ALAM BELAJAR sila klik di link ini. Semoga ianya bermanfaat dalam membuatkan kita bersedia untuk belajar di semester baru akan datang. Selamat berjaya semua !

Wassalam....

2 komen:

{ Farahiyah Smart } at: June 12, 2011 at 9:41 AM said...

thankz aiyad...:)

{ KiTaORaNG AdaLaH.... } at: June 12, 2011 at 7:21 PM said...

Aiyad : same2, smoga ader berkatnya, he3x...amiinn...

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +