+ KaJiaN SoSiaL +

FaMiLy DaY JaBaTaN KaJiaN SoSiaL IPG KDRI 2013

| 20 June 2013
 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 6/2013. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya di samping keluarga dan sahabat-sahabat kalian. Macam mana dengan cuaca dan iklim di tempat kalian? Di IPG kami iaitu di Kuala Terengganu, pagi ni agak cerah, sesuai untuk sidai baju, basuh keta n berjoging (21 Jun 2013, Jumaat jam 10.09 pagi).

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua tentang aktiviti grand kami laksana pada minggu lepas iaitu PROGRAM INTERAKSI ANTARA PENSYARAH DAN GURU PELATIH JABATAN KAJIAN SOSIAL atau ringkasan mudahnya FAMILY DAY JKS 2013. Program ini melibatkan kesemua pensyarah dan mahasiswa guru yang berada di bawah Jabatan Kajian Sosial IPG KDRI. Untuk tahun ni, kami diamanahkan untuk menghandle/mengendali program ini sebagai jawatankuasa pelaksana dengan bimbingan dan seliaan Puan Rosmani Binti Ali, S/U JKS. Program ni dilaksana di kawasan IPG KDRI (Dataran Ilmu, Dewan Ungku Omar dan padang bola jaring IPG KDRI) setelah mendapat cadangan tempat dari Puan Rosmani. Alhamdulillah segala persiapan dapat dijalankan dengan baik walaupun terdapat sedikit masalah yang timbul contohnya masalah teknikal dan masa. Namun secara keseluruhannya program berjalan dengan baik seperti dirancang. Jom kita ikuti tentatif sepanjang program. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran individu yang hadir termasuk para pensyarah.


Acara diteruskan dengan senamrobik di padang bola jaring IPG KDRI yang berdekatan dengan gimnasium IPG KDRI. Setelah selesai senamrobik, kesemua peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan menjalani aktiviti explorace di kawasan sekitar IPG KDRI.







Setelah selesai berexplorace, maka semua peserta dibenarkan berehat dan menikmati makan pagi di kafeteria mengikut kelas masing-masing.
 

 Disamping berehat, jawatankuasa persiapan tempat mula menyiapkan dewan bagi memastikan venue tersebut sedia untuk aktiviti seterusnya.














Pada jam 11 pagi, acara dewan bermula iaitu aktiviti persembahan setiap kelas dan seterusnya perasmian penutup dan pembahagian hadiah.





Ucapan Tuan Timbalan Pengarah IPG KDRI, Tuan Haji M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim.
 

Penyampaian hadiah dan cenderahati untuk para pensyarah yang hadir.
 



Cenderahati untuk Ketua Jabatan Kajian Sosial IPG KDRI yang disampaikan oleh pengarah program, saudagar Fahmi.




Hadiah untuk pemenang pertandingan explorace dan persembahan kumpulan.
 



0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +