+ KaJiaN SoSiaL +

FeSTiVaL PeRMaiNaN TRaDiSioNaL

| 20 June 2013
 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1 Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 6/2013 ini. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Kami di PISMP Kajian Sosial ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua mahasiswa guru di seluruh 27 buah IPG yang berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan di dalam peperiksaan akhir semester lepas. Semoga kita semua sukses selalu di dalam kehidupan dunia akhirat.

Pada kali ini kami ingin berkongsi aktiviti kami pada semester lepas iaitu FESTIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP AMBILAN JANUARI 2011. Festival ini diadakan bagi melengkapkan amali subjek PJM 3112, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Semua kelas PISMP Ambilan Januari 2011 terlibat di dalam festival ini dengan setiap kelas akan menghantar 2 wakil untuk terlibat di dalam festival. Festival ini lebih berbentuk explorace iaitu bergerak dari satu stesen ke satu stesen dengan markah diberikan bagi setiap stesen. Markah bagi keseluruhan stesen akan dikumpul dan pemenang akan diumumkan diakhir program. Jom tengok gelagat sewaktu Festival Permainan Tradisional.


Salah satu dari stesen kelas kami handle.
 





Taklimat awal program oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPG KDRI.
 





Stesen kedua yang dikendali oleh wakil unit kami, main batu seremban/selambut.
 


Cik Mek Yam, salah seorang pensyarah PJ turut sama bermain permainan batu seremban di stesen kelas kami.
 


Bile dah selesai festival, masing-masing berehat sambil minum2 air, maklumla cuaca panas sangat..
 









Bile dah cukup masa berehat, majlis penutup dan pembahagian hadiah kepada pemenang telah diadakan di astaka bdekatan gimnasium IPG KDRI.
 






0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +