+ KaJiaN SoSiaL +

LaWaTaN PJ ke ISN & SSMP

| 21 June 2013

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 6/2013. Alhamdulillah kini tak sangka ye, dah 9 semester bersamaan 4 tahun kami belajar di IPG, masih teringat lagi kkisah-kisah mule2 kami masuk ke IPG KDRI dulu, terasa masa cepat sungguh berlalu. Klu nak tengok kisah-kisah diari kehidupan kami di IPG, kalian boleh search atau check di entry blog kami ni. Dari semester 1 PPISMP pada tahun 2009 lagi blog ni diupdate, Alhamdulillah dan masuk 4 tahun kewujudan blog nih. Insyallah blog ini akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa sebagai suatu kenangan buat kami semua. Mungkin bile masing-masing dah posting pun blog ni akn tetap kekal dan kami akn informkan kepada kalian semua tentang apa sahaja maklumat dan aktiviti yang kami sertai, insyallah.

Pada kali ini kami nak berkongsi dengan kalian semua aktiviti kami iaitu LAWATAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI KE ISN & SSMP (Sekolah Sukan Malaysia Pahang). Lawatan ni diadakan sempena melengkapkan amali subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Kelas kami telah bergabung dengan kelas PISM Sains untuk bersama-sama terlibat di dalam lawatan ini. Antara lokasi yang kami pergi ialah Institut Sukan Negara dan juga Sekolah Sukan Malaysia Pahang di Gambang. Sewaktu di KL kami menginap di Asrama Majlis Belia Malaysia MYCA 1 malam manakala sewaktu melawat SMSP kami menginap di asrama SMSP yang serba baru. Jom kita ikuti foto-foto kami sepanjang berada di sana, yeaahh !

Dalam perjalanan ke KL, sempat singgah di R&R Batu 6, hehehe





Setelah 5 jam perjalanan, dicampur pulak makan buah langsat sewaktu dalam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di Asrama Majlis Belia Malaysia, agak selesa walaupun bangunan lama. Tertera gambar PM kesayangan kita, Dato' Seri Najib. We Love Dato' Najib.





Pada keesokan harinya kami bergerak ke Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, sempat makan pagi di kafeteria berdekatan Stadium Bukit Jalil sebelum melawat ke ISN.



Berdekatan Stadium Bukit Jalil. R-Dob sempat lagi bergambar, yeeaahh !



Bile dah selesai makan pagi, roti canai, mee goreng, nasi lemak dll, kami pun bergerak ke ISN untuk mendengar taklimat dan melawat kemudahan disana.






Melawat ke kemudahan penyelidikan di kompleks ISN, memang superb kemudahan2 yang ada di sini, klu kemudahan ni ada di IPG, memang hebat sangat2 (just dreaming)..


Sempat menjalani ujian kecergasan, ada pumping, ada lompatan jangkauan, lari pecut, yoyo test dan sebagainya.



Bile dah selesai, majlis perpisahan dan penghargaan terdapat pihak ISN diadakan, kelihatan saudara pengarah program, Muhammad Adib a.k.a R-Dob sedang memberikan kata-kata aluan.



Cenderahati dari pihak IPG KDRI kepada pihak ISN.


Dah selesai lawatan di ISN, kami segera menaiki bas untuk bertolak ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang. Tapi sebelum tu sempat singgah di KL, makan2 dan jalan2 di KL (sempat gak singgah di Plaza Low Yatt)...



Kami tiba di SMSP nak dekat tengah malam dan selamat menginap di bangunan asrama SMSP yang baru. Sekolah ni merupakan sekolah yang baru dibina dan mempunyai pelajar tidak sampai 200 orang meliputi 3 tingkatan sahaja dengan yang paling senior tingkatan 3. Waktu kami sampai pun asrama tu senyap je, pelajar-pelajar tak ramai.



Sempat minum malam di kafeteria sekolah.



Keesokan harinya kami bersiap-siap untuk melawat sekitar sekolah, sempat minum pagi di kafeteria SMSP.






Dah selesai sarpan, kami dibawa melawat ke sekitar sekolah, bangunan utama bilik darjah yang memang sunyi sebab tak ramai pelajar, melawat dewan yang waktu tu ada pertandingan bola jaring antra SBP, melawat gimnasium yang penuh dengan pelbagai kemudahan dan melawat balapan yang baru siap dibina.







Dibawah ni perpustakaan sekolah, masih tidak lengkap kerana baru menerima perabot, buku-buku masih belum boleh dikatalogkan.


Mendengar taklimat mengenai sekolah di bilik mesyuarat yang disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah sendiri. Pengetua sekolah ni jugak merupakan salah seorang sahabat sekuliah pensyarah kami di IPG KDRI, Tuan Haji Yunus.






Ucapan alu-aluan dan pemberian cenderahati dari dan kepada pihak IPG KDRI.




Melawat sekitar bangunan utama bilik darjah. Memang sunyi sebab tak ramai pelajar.










Melawat gimnasium sekolah yang serba lengkap dengan peralatan yang terkini.







Melawat balapan dan padang.








Makan tengahari sebelum bertolak pulang ke IPG KDRI.






Maka tibalah masa perpisahan dengan SMSP. Lepas zuhur kami bertolak pulang ke IPG KDRI.




0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +