+ KaJiaN SoSiaL +

MeReNTaS DeSa IPG KDRI 2013

| 20 June 2013
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 6/2013 ini. Pada kali ini kami ingin berkongsi sebuah aktiviti yang kami sertai pada semester lepas iaitu aktiviti MERENTAS DESA IPG KDRI 2013. Maklumla semester lepas tak sempat nak update, dah masuk semester baru ni baru sempat nak update-update sebab sem lepas memang busy memanjang ditambah pulak pening-pening dalam segala hal, hehehe

Program merentas desa ni dibahagikan kepada beberapa kategori antara mahasiswa guru mengikut semester, staf dan pensyarah, kategori murid sekolah IPG KDRI serta kategori veteren. Setiap warga IPG KDRI akan diberikan rumah masing-masing. Ada merah, biru, kuning, hijau. Dan setiap peserta yang menamatkan larian akan menerima mata untuk rumah masing-masing. Mata adalah berbeza bagi setiap kedudukan yang dicapai sewaktu akhir sesi merentas desa. Rumah yang memenangi banyak mata akan dikira sebagai pemenang diakhir majlis penutup. Jom kite tengok gelagat warga IPG KDRI waktu program merentas desa. Ni pendaftaran.




Sesi warming up yang dikendalikan oleh sahabat-sahabat dari PISMP Pendidikan Jasmani semester 5.
 




Ke garisan dan mula !!
 




Bile dah tak larat nak lari-lari lagi, kami pun jalan laju la, lalu ikut kampung-kampung.
 

Ok tak pemandangan panorama sepanjang laluan merentas desa kami. Memang betul-betul desa, dengan angin sepoi-sepoi bahasa sebab baru reda hujan, cuaca mendung dan tak panas, memang menyamankan.
 




Setelah tiba di garisan penamat kami berehat seketika dan mendapatkan penyegar mulut iaitu air sirap, oren dan macam-macam lagi bagi membasah tekak yg kering.
 


Setiap peserta larian akan mendapat kupon mata untuk rumah masing-masing dan perlu mendaftar nama di meja pendaftaran markah. AJK2 akan terlibat mengira markah bagi jumlah keseluruhan setiap rumah.
 



Dah siap kira mata bagi setiap rumah dan berehat menghilangkan lelah, kesemua warga IPG KDRI termasuk adik-adik murid SK IPG KDRI dijemput ke dalam dewan al-farabi untuk majlis penutup dan pembahagian hadiah yang akan disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPG KDRI, Tuan Ghulam Sarver Mubarak Ali.
 


Ada gak roti yang disediakan untuk para peserta, maklumla dah lari jauh2, letih lagi, jadi tenaga kurang, justeru roti menjadi sumber tenaga untuk peserta.
 







Persembahan iringan oleh pasukan taekwondo IPG KDRI yang diketuai oleh Miss Salma, pensyarah Jabatan Bahasa-Bahasa.
 



Seterusnya tibalah yang dinantikan iaitu majlis penyampaian hadiah untuk semua pemenang.
 

















Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Pengarah IPG KDRI.
 




Simbolik penutup merentas desa IPG KDRI.
 



0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +