+ KaJiaN SoSiaL +

PeMBeNTaNGaN BaHaN BaNTu MeNGaJaR LiTeRaSi BM

| 19 October 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil hasil yang seperti kita harapkan. Yang penting jangan lupe untuk berusaha dan seterusnya bertawakal. Ikhlaskan niat kita untuk menjadi insan yang berguna kepada semua. Pada kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aktiviti terbaru kitaorng iaitu membentangkan hasil kerja bahan bantu mengajar. BBM ni disediakan sebagai salah satu keperluan dalam subjek Literasi Bahasa Melayu yang setiap guru pelatih PISMP Sem 2 dari mana2 IPG turut akan terlibat. Nak buat tu rancang idea mmg senang, tpi nk buat tu yg sush, btul tak? Kne potong kertas, lipat, gam, gunting, stepler dsb sblm dpt jadi alat bantu mengajar tu, hehehe Setiap minggu akan ada BBM baru yang kami kne buat berdasarkan beberapa topik yang berkaitan seperti contoh topik pengajaran berdasarkan muzik, pendidikan jasmani, pendidikan seni dan sebagainya, hehehe Pada kali ini kami nk mempersembahkn BBM yang kami buat berdasarkan topik boneka.

Macam2 boneka yg boleh kita buat. Antra contoh boneka ialah boneka tangan, lidi/tongkat, hidup, tali dsb. Smua boneka ni ada yg sush nk buat, ada yg snang nk buat. Yang penting kite kne usaha utk buat yg tbaek utk mndptkn hasil kerja pn yg tbaek, btul tak? Utk Persembahan boneka ni, kami telah digabung kelas dengan unit Sains yang diadakan di BK7 klu x silap la, hehehe So berangkatlah kami ke sana dgn BBM yang smua besar2 belaka, hahaha Gambar kt bawh ni mnunjukkan geng Sains tgh mmpersembahkn boneka mereka.

Kt bwh yg ni lak geng pmpuan KS sdang mmpersembhkn BBM berbentuk Pendidikan Seni Visual. Kne wat Kolaj, ala yg kerts2 kne potong2 bgi kecik tu....


Maka Berhimpunlah kami utk melaksanakan KOLAJ ni, hehehe


Kt bwh ni lak En. Asri sdang melihat persembahan boneka dan segala persembahan yg kami buat pada malam tu, hehehe

Maka ni la hasilnya setelah beberapa minit kami membuat KOLAJ. Ada mcm2 bentuk yg kami buat, mcm2 corak gk yg kami buat...hehehe




PeRTaNDiNGaN HoKi GERKO 2011

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi sekali lagi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Jangan berputus asa dalam menjadi seorang guru kerana bukan senang untuk menjadi seorang guru. Justeru, anda perlukan kekuatan mental, fizikal yang mapan bagi mendapat ilmu perguruan yang sedang kita lalui bersama ini.

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti terbaru kami iaitu Pertandingan Hoki bagi subjek GERKO Permainan. Untuk Subjek GERKO Permainan ini, antara disiplin yang harus kami patuhi ialah menjalankan satu pertandingan yang melibatkan semua unit. Alhamdulillah, setelah sekian lama dirancang dengan sebaiknya, kami akhirnya dapat melaksanakan sebuah pertandingan hoki diantara unit-unit yang terlibat dengan GERKO Hoki ini. Antara unit yang terlibat ialah unit PISMP Kajian Sosial (kami la tuu), PAI 1 & 2, Math (segelintir kecil), PSV (segelintir kecil juga) dan TesL (segelintir kecil juga).

Program pertandingan hoki ini telah diadakan pada 12 dan 13 Oktober baru2 ini setelah beberapa minggu ditangguh akibat dari maslahat (aral melintang) yang tidak dapat kami elakkan. Ianya berlangsung selama 2 hari iaitu Rabu dan Khamis yang melibat 3 pasukan hoki lelaki dan beberapa pasukan hoki perempuan. 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan perempuan. (tak adil la klu laki lawan pmpuan kn) Pertandingan diadakan secara liga iaitu semua pasukan akan berlawan dan ada sesetengah pasukan yang akan 'by'.

Pada akhirnya, pasukan lelaki Kajian Sosial (group kami ler) dapat jadi Johan untuk kategori lelaki dan pasukan perempuan KS pulak dapat Naib Johan (ok la tu sbb ader pasukan lawan masukkan pemain import yg wakil IPG, mane nk aci gitu). So kami pn hepila sbb jrg PISMP KS menang ptandingn hoki or pape bkaitan sukan ni, hehehe Jom kite tgk snapshot spanjng ptandingn berlangsung, mmg meriah ssgt.

Aishah, goalkeeper pasukan pmpuan KS, ada style gitu...

Berposing di pondok menunggu turn berlawan, maklumla, liga ni byk plawanan, hehee

Maka perlawanan pn bermula....


Time pasukan pmpuan KS sedang berlawan di padang yg agak panas2 suam gitu, pasukan lelaki dok rehat2 smbil minum air kejp, letih maen, dh la sblm tu ujan turun, jdi suasana jdi panas lembp, mmg hangat dan panas.


Pasukan lelaki KS satu perlawanan je pada hari last sbb pemenang dikira berdasarkan mata kerana kesuntukan masa. Jadi secara kiraan matanya pasukan lelaki KS telah berada di tempat pertama. So sbb tu la kami (pasukan lelaki) dikira sebagai pemenang, hahaha Kesian pasukan pmpuan sbb byk perlawnan sbb rmai pasukn.

Kt bawah ni lak pensyarah pembimbing kami iaitu Tuan Haji Hamdan, pensyarah GERKO Hoki dari Jabatan Kokurikulum IPG KaDRI. Beliau ni orang lama dalam permainan hoki, sbb tu byk pengalaman, hehehe


Yeeaahhh ! Sempat berposing sblm perlawanan akhir (final) hehehe

Lepas perlawanan, maka kami pun berehat smbil menunggu majlis penyampaian hadiah, lega sikit sbb byk berehat kan, walaupn panas wktu plawanan, tpi time majlis pmbahagian hadiah, cuaca agak redup, mgkin sbb dh ptg kan, dh lepas wktu asar wktu tu, nk dkat2 pkul 6 gitu la...


Maka majlis penyampaian hadiah pun bermula, dkat atas ni adalah si Pusparajan, pengarah pertandingan hoki GERKO ni. Beliau yang menjadi MC, memberi ucapan aluan dan seterusnya mengiring Tuan Haji Hamdan membahagikan hadiah kepad pasukan yg menang. Di bwh ni menunjukkan Tuan Haji Hamdan sedang memberikan hadiah kepada pasukan perempuan KS A yang diwakili saudari Siti Nor Aishah, goalkeeper KS, hehehe


Gambar ats ni lak Syuhada sedang menerima hadiah Naib Johan, Naib Johan milik pasukan perempuan KS B, dia mewakili pasukan perempuan B KS, menang gk tau, hehehe kiranya smua dpt hadiah la ari tu, berbaloi kan... Kt bawh ni lak saudara Luqman, dari pasukan PAI 1 & 2 menerima hadiah tempt kedua dan ketiga bagi kategori lelaki.


Haa.... gambar ats ni menunjukkan Adib Misslani, our Ketua Unit (KU) sem ni sedang menerima hadiah (hamper best) tempat pertama Pertandingan Hoki Kategori lelaki. Alhamdulillah, kami semua hepi ssgt, hehehe.... Maklumla bkn sokmo kitaorng dpt hadiah mcm ni, jrg2 ni... Lepas selesai majlis pembahagian hadiah, maka kami pn amikla kesempatan ni utk bergambar bersama-sama ramai2 dari smua unit, hehehe Untuk dijadikan kenangan la katakan...


PERTANDINGAN HOKI 2011
PISMP KS, PSV, TESL, PAI & MATH SEM 2
12 - 13 OKTOBER 2011
RABU / KHAMIS
PASUKAN LELAKI KS - JUARA
PASUKAN PEREMPUAN KS - NAIB JUARA

BiNa InSaN GuRu FaSa 2/2011

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Insyallah segala aktiviti yang unit/kelas kami lakukan kami akan kongsikan bersama kalian di laman maya ini. Semoga perkongsian aktiviti ini dapat menjadikan ianya sebagai salah satu idea utk aktiviti kalian terutama kepada guru-guru pelatih di seluruh 27 IPG di Malaysia. Seperti yang telah kami garapkan di post dahulu, pada setiap semester kami akan terlibat dengan salah satu aktiviti wajib setiap sem bagi guru pelatih IPG iaitu program Bina Insan Guru. Jika pada semesta lepas, kami terlibat dengan BIG Perkhemahan di Sekayu, pada kali ini kami terlibat dengan BIG berbentuk khidmat masyarakat. Pada kali ini, kami memilih lokasi Pantai Kelulut, iaitu dekat daerah Marang untuk diadakan program kemasyarakatan kami ini. Lokasinya tidak jauh iaitu sekitar 1/2 jam perjalanan sahaja. Dekat kan?

Gambar di atas ni menunjukkan our beloved tutor iaitu Encik Abd Halim yang menggantikan Cik Nurhijrah selaku tutor unit/kelas kami. Kitaorng panggil Papa Halim (idea Adib KU) hehehe Program ini diadakan pada 1 Oktober 2011 ari tu, iaitu ari sabtu. Kitaorng ke lokasi program naik keta sndri tpi minyk disupport gune duit progrm la, hehehe Sbb nk tempah bas x diluluskan, so naik la keta sndri. Mgkin sbb pserta sikit sgt kot, tu kne naik keta sndri je. Sblm btolak ke lokasi, sempt gk dgr taklimat dri our beloved tutor. Taklimt & pendaftaran diadakan pada jam 7.30 pagi.

Sedang khusyuk mendengar taklimat dan pesanan dari tutor, En. Abd Halim...

Selepas tu maka kami pn btolaklah ke lokasi program iaitu Pantai Kelulut, Marang. Tapi sebelum tu sempt gk singgah di gerai nasi kerabu bdekatan dgn UnisZa utk same2 merasai sarapan pagi nasi kerabu. Memang bes ssgt, hehehe Lepas siap sarapan, maka kami pun bertolaklah ke lokasi Pantai Kelulut, Marang. Perjalanan ke sana mengambil masa sekitar 1/2 jam sahaja dari IPG. Setibanya di sana, pengarah program, saudara Muhammad Iqbal mmberikn taklimat sblm melaksanakan tugasan membersih kawasan pantai dengan bantuan pakcik-makcik Majlis Perbandaran Marang (MPM) dan beberapa penduduk berdekatan, hehehe


Plastik sampah, penyapu, penyodok, tong sampah besar ada gk disponsor oleh MPM, hehehe Dapat je plastik smpah trus kutip smpah, biasanya smpah yang tak terbiodegrasi mcm plastik, botol plastik, kotak2 rokok dsb akan dikutp. Sampah yang boleh lupus mcm ranting, dahan & daun2 mmg kitaorng x amik. hehehe Jom ikuti snapshot sepanjng program gotong-ryong berlangsung, ada mcm2 gelagat boleh diintai.

Ceewah, sempat berposing smbil kutip smpah, hehehe


Gambar kt ats ni menunjukkan Pengarah Program BIG Fasa 2/2011, Iqbal Smarties yg sedang merawat lukanya. Kesian Iqbal, dia terjatuh time baru tiba di lokasi program, hehehe tebolah betul iqbal nih, hehehe Gambar bwh ni lak menunjukkan geng lelaki KS sedang memungut tempurung kelapa yang bersepah, hehehe mgkin ada org minum air kelapa kot sblm nih...

Amacam, bersih tak pantai Kelulut ni stelah kami selesai buat gotong-royong ni?


Waah....waah.... sempat lagi yerk berposing. Hehehe gambar atas ni menunjukkan Syazrin (Rain) ngah berposing bersama spek Rayban, hehehe gambar bwh ni lak pasangan Adib dan Pusparajan sedang bergambar bersama di tepi pantai, hehehe

Amacam, ni la sampah yg sempat kami kutip, ni baru 1/4 dari koleksi smph yg bjaya dikutip, hehehe patut la bersih je pantai ni kan, hehehe


Sempat lagi bergambar bersama, hehehe kameraman sewaktu ni ialah Pusparajan, Iqbal & Hakim. Geng2 DSLR KS0, hehehe sempat amik photoshot dkat Pantai Kelulut ni, mmg menarik scene dia tau...

Lepas je selesai bergotong-royong secara bermasyarakat di Pantai Kelulut, Marang, akhirnya program pun habisla. Sebelum bersurai pulang ke IPG, kami sempat berjuadah/berjamuan bersama di kedai keropok lekor 008. Buat pengetahuan semua, jamuan ni disponsorkan oleh our beloved geographic lecturer iaitu Puan Hajah Anisah Binti Harun. Rumah puan tak jauh sgt dari lokasi program kami ni, hehehe Tu dia sempat dtg ke sini, hehehe


Maka kami pun sama-sama menikmati keropok lekor yang sungguh enak ini, he3x... Amacam kwn2 di luar Terengganu, datang la ke Terengganu utk merasai keropoknya yang sedap, kt sini keropok dia rasa lain sikit, mgkin sbb keadaan geografi lautannya yang membuatkan rasa daging ikan sedikit berlainan dengan ikan di perairan negeri lain. hehehe Klu dari Pahang, KL, Johor anda boleh la singgah di kedai keropok di Kelulut ni, jalan tepi pantai, hehehe


Lepas siap makan, kami sempat membeli-belah keropok di kedai ni. Utk dibawa bekal balik ke IPG, sbb jrg dpt singgah di kedai keropok 008 di Marang ni. Klu naik bus pn, bus xkan bhenti di kedai keropok ni kcuali klu drebar bus tu yg nk beli sndri, so kami x lepaskn pluang yg ader...

Lepas selesai beli keropok dan juadah yg lain, maka kami pun pulang ke IPG, program tamat jam 3.00 petang setelah kami selamat tiba di IPG. Alhamdulillah program ni berjalan dengan lancarnya dan matlamatnya untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat sekeliling berjaya dicapai dengan maklumbalas positif dari masyarakat berdekatan dan juga pensyarah pembimbing merangkpa our beloved tutor, En. Abd. Halim.
Wassalam..... Bertemu di BIG Sem 3/2012 nnt, insyallah....

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
FASA 2/2011 (KEGIATAN KEMASYARAKATAN)
PANTAI PERANGINAN KELULUT
MARANG, TERENGGANU
1 OKTOBER 2011 / SABTU

KeNaNGaN AmaLi PJ 2 : PeRMaiNaN KaNaK-KaNaK

| 25 September 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian smua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial ini. Selamat bertemu kembali setelah sekian lama blog kami ini menyepi. Kami terpaksa meninggalkan sekejap kerja-kerja mengupdate blog ni maklumla byk sgt kerja kursus yg nk kne selesaikan, dahla masa penghantarannya smua dekat2 jer, smuanya berbentuk kajian, tu yg susah tu. Apapun kepada mane2 guru pelatih yg dh selesai buat kerja kursus, kami ingin mengucapkan selamat merdeka dari assignment utk semester ini, hehehe Pada kali ini, kami nak kongsi saat suka kami setelah selesai membentangkan amali 2 untuk subjek pendidikan jasmani bagi amali 2. Kami diarahkan untuk membuat permainan kanak-kanak dengan memanipulasi alatan yang ada. Alhamdulillah setelah 2 kali sesi pendidikan jasmani, kami selesai mengadakan amali tersebut. Semoga tugasan dapat dinilai oleh pihak pensyarah dengan sebaiknya, insyallah. Apapun kami ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepada mana2 guru pelatih dari IPG lain yang telah berjaya menyelesaikan amali 2 PJ ini. Smoga bertemu di di post akan datang. Wassalam...


SeLaMaT BerPBS SeMuA !

| 02 September 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP KS Sem 2/2011. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semoga sihata walafiat hendaknya, jangan main mercun ya, hehehe klu jari melecur sebab terkena minyak waktu tolong tokwan dan opah masak rendang xpe la, yg kita taknak jari melecur sbb kne mercun. hehehe Mesti smua sihat2 kan, makan rendang lagi, ketupat, lemang tu tak masuk2 kuih2, kek2 n dll. Namun dikesempatan mood raya ni, sedar tak sedar kita dh nk berPBS dah. hehehe Jadi kami secara officially di sini ingin mengucapkan SELAMAT BERPBS buat semua guru pelatih PISMP Sem 2/2011 di seluruh IPG di seluruh negara. Kami difahamkan abg2 senior PISMP Sem 4/2011 dh berPBS sblm raya hari tu, jadi maknanya utk sminggu lepas raya ni kami2 jer la yg berPBS kan, hehehe apapun selamat berPBS, nnt kite bertemu selepas PBS dgn beberapa kerja kursus yang perlu dihantar, hehehe
Wassalam...



SaLaM LeBaRaN DaRi KaMi !

|
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera buat kalian semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu ini. Pada kali ini, kami seluruh warga kelas PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ingin mengucakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua umat islam yang menyambutnya. Tidak lupa juga kepada sahabat2 kami dari kaum india dan cina dan apa kaum/suku/etnik sekalipun, kami hulurkan 10 jari memohon kemaafan kepada kalian semua andai kata tersalah bicara tertingkah kata. Maafkan kami kerna kami hanyalah manusia biasa dan kami amat bertuah mempunyai sahabat seperti kalian semua. Semoga ikatan persahabatan muhibbah sesama kita akan terus berkekalan buat selamanya, Insyallah.
Wassalam


 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +