Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan aktiviti kalian semua mengenai aktiviti terbaru kami iaitu Bina Insan Guru (Kegiatan Kemasyarakatan) bagi semester 3/2012 ini. Untuk BIG ini, kami telah diarahkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KDRI untuk merencanakan sebuah program yang bercorakkan kebajikan dan kemasyarakatan untuk dijadikan program BIG. Sebenarnya program BIG ini merupakan salah satu silibus wajib untuk semua mahasiswa guru di IPG di seluruh Malaysia. Malah terdapat peruntukan khas dari pihak KPM untuk mengadakan program ini bagi mendekatkan mahasiswa guru dengan masyarakat disamping belajar menguruskan sesuatu program melibatkan orang luar dan memupuk kemahiran bersosialisasi dengan masyarakat persekitaran.Untuk program BIG bagi semester ini, kami PISMP Kajian Sosial IPG KDRI telah bersepakat untuk mengadakan program kebajikan di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Batu Rakit. Rumah perlindungan ini mempunyai kira-kira 200 orang penghuni yang terdiri dari seawal tahun 3 sehingga tingkatan 5. Ramai diantara mereka datang dari keluarga yatim, yatim piatu dan juga keluarga fakir miskin. Lokasinya betul-betul berdekatan dengan pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu dan hanya kira-kira 3 kilometer sahaja dari IPG kami sendiri. Setelah beberapa kali mesyuarat peringkat jawatankuasa kelas diadakan, akhirnya kami telah bersepakat untuk memilih tarikh 31 Mac 2012 (Sabtu) untuk mengadakan program ini. Akhirnya setelah beberapa kali kertas kerja cadangan program diajukan kepada pihak pengarah, kami telah berjaya mendapat kelulusan untuk mengadakan program ini dan sejumlah peruntukan telah diperuntukkan untuk program ini. Maka kami melaksanakan pelbagai usaha untuk menjayakan aktiviti ini dan akhirnya pada 31 Mac 2012, program ini berjalan dengan jayanya.
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !







