+ KaJiaN SoSiaL +

AeRoBiK 1MuRiD 1SuKaN Peringkat IPG KDRI

| 10 July 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini. Minggu lepas pada hari selasa (10 Julai 2012), secara serentak di seluruh Malaysia telah diadakan Senamrobik 1Malaysia melibatkan semua institusi pendidikan meliputi sekolah rendah, sekolah menengah dan institut perguruan. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail turut tidak melepaskan peluang untuk mengajurkan Senamrobik 1Malaysia ini dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan juga Jabatan Pendidikan Jasmani IPG KDRI. Program senamrobik 1Malaysia ini telah diadakan di tapak perhimpunan IPG KDRI bersebelahan dengan dewan utama IPG KDRI iaitu Dewan Al-Farabi. Program ni bermula pada jam 7.30 pagi melibatkan kesemua warga IPG KDRI dan juga murid-murid dari Sekolah Kebangsaan IPG KDRI atau teaching school.

Murid SK IPG KDRI sedang memasuki dataran perhimpunan IPG KDRI, belakang tu adlah Dewan Al-Farabi, dewan utama IPG KDRI. Kat bawah ni lak En. Mohd Zaid, beliau sedang menyusun susunan di dataran perhimpunan sedang dalam masa yang sama semua anggota unit beruniform pun dok dalam barisan. Jadi warga IPG yang lain harus disusun dengan baik kerana ruangan di dataran perhimpunan agak terhad.


Gambar atas dan bawah menunjukkan barisan anggota unit beruniform, ada KRS, ada Pengakap, ada Puteri Islam dan Pandu Puteri Kadet. Tapi time ni xder warga IPG KDRI dari kelas2 lain lagi.



Ketibaan murid-murid dan guru pengiring dari SK IPG KDRI, ada tahun 1, tahun 2 dan juga prasekolah. Diorg berada di barisan hadapan. Depan barisan diorg lak barisan para guru SK IPG KDRI dan pensyarah serta kakitangan IPG KDRI.



Gelagat-gelagat murid dari SK IPG KDRI.









Maka senamrobik 1Malaysia pun bermula la, hehehe memang meriah la senamrobik, hehehe. Senamrobik 1Malaysia ni diketuai oleh mahasiswa guru dari unit Pendidikan Jasmani Sem 4/2012, 1 batch dengan kitaorng.





Gelagat sepanjang program senamrobik 1Malaysia IPG KDRI.






Lihatlah betapa gembiranya semua murid-murid SK IPG KDRI ni dok bersenamrobik, hehehe.











Program Senamrobik 1Malaysia ni lama jugak, dalam setengah jam masanya. Dalam 7 lagu yang digunakan untuk senamrobik ni. Memang lama dan memang berpeluh sebab tengah2 matahari sedang naik. Tapi takpe la sebab vitamin D kan, utk kesihatan kulit gk.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

JaMuaN AwaL SeMeSTeR 4/2012

| 21 June 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012. Apa khabar semua?? Hendaknya semua sihat walafiat menempuh kehidupan dengan bagus dan hebat sekali. Insyallah dengan hidup yang hebat, anda akan menjadi insan yang penuh dengan kejayaan. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua aktiviti terbaru kami iaitu Jamuan Awal Semester bersempena meraikan keputusan peperiksaan semester lepas yang tinggi (3.8 keatas). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaNya kita dapat menikmati kejayaan ini bersama-sama.

Justeru, kami sekelas telah merancang untuk mengadakan jamuan kesyukuran diawal semester untuk meraikan kejayaan kami ini. Jamuan ini telah diadakan di Restoran NR 2 iaitu di Pantai Mengabang Telipot. Tak jauh dari IPG kami. Jamuan bermula selepas maghrib iaitu sekitar jam 8.00 malam bagi mengelakkan kesesakan sewaktu menikmati juadah. Pada kebiasaannya selepas isyak rmai la pengunjung ke restoran ini. Pelbagai menu juadah telah dipesan dan disamping menjamu selera, kami berbual mesra, merancang aktiviti kelas seterusnya dan sebagainya. Semoga ikatan persahabatan kelas kami akan sentiasa utuh Insyallah.


Program jamuan awal semester + jamuan kesyukuran result exam telah tamat sekitar jam 9.30 setelah kami selesai menikmati juadah. Sewaktu kami makan pun ada kakak-kanak senior KS Sem 6 turut makan di restoran ni. Terserempak dengan mereka, hehehe oklah, nnt berjumpa lagi kita di entry akan datang, insyallah, Wassalam...

p/s : harga makan2 pada malam tu mencecah RM2rat lebih2, kaya la NR...


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

KePuTuSaN PePeRiKSaaN : CEMERLANG !!

| 17 June 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung lagi ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 yang insyallah berinformasi dengan diari perjalanan aktiviti kelas kami pada semester ini. Alhamdulillah kini kami telah melangkah ke semester empat (4) pengajian ijazah sarjana muda perguruan pengajian sosial. Pada hari ini (17 Jun 2012), kami baru sahaja menerima keputusan peperiksaan akhir semester lepas (semester 3). Dan ALHAMDULILLAH semuanya dapat tinggi iaitu 3.8 keatas. Syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanNya yang tidak terkira ini. Segala usaha penat lelah kami belajar dan belajar pada semester lepas telah Allah Taala kurniakan dengan rahmatNya iaitu keputusan peperiksaan akhir yang memberangsangkan. Semoga momentum kejayaan ini akan berkekalan di semester ini dan semester-semester akan datang kerana setiap pointer bagi setiap semester seawal semester 1 PISMP lagi akan dibawa ke semester hadapan dalam bentuk Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT). PMGT inilah yang akan dicatatkan di dalam scroll ijazah nanti dan menjadi penentu sama ada dapat ijazah 1st Class Honour, 2nd Class Upper ataupun 2nd Class Lower. Tapi insyallah jika momentum usaha dan kejayaan seperti ini dikekalkan di masa hadpan, dengan izin Allah Taala kami sekelas akan mendapat ijazah 1st Class Honour insyallah. Jumpa di PICC dalam masa 2 tahun dari sekarang, insyallah. Wassalam....



JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SeLaMaT KeMBaLi BeRKuLiaH !

| 15 June 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini, semoga smuanya sihat walafiat hendaknya, insyallah... Setelah 3 minggu para mahasiswa guru bercuti bersama keluarga tercinta di kampung, kini tibalah saatnya mereka semua akan kembali berjuang mendapatkan ilmu & pengalaman bagi membentuk diri menjadi bakal pendidik yang soleh. Semoga semuanya dapat berjalan dengan baik, insyallah.

Sebelum tu mari kita sama-sama hayati kata-kata yang dimaksudkan oleh seorang komedian 60-an iaitu George Carlin, kata-kata yang sungguh bermakna untuk kita hayati...

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent..

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

- George Carlin

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SuBJeK SeMesTeR 4/2012

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah setelah lama bercuti bersama keluarga di kampung, kita berkesempatan semula untuk kembali berjuang menuntut ilmu bagi menjadi seorang pendidik yang soleh untuk anak didik kita nanti, insyallah. 1001 pengalaman yang kite tempuhi sepanjang bergelar Mahasiswa Guru di IPG akan mematangkan kita dalam menyediakan diri menjadi pendidik yang soleh, insyallah. Pada semester 4 ini, bagi unit Kajian Sosial terutama dari IPG kami akan belajar beberapa subjek baru. Pada tersuratnya kelihatan subjek-subjek ini tidaklah terlalu sukar berbanding subjek semester lepas (sains politik, pendidikan pembangunan lestari dan sebagainya). Semoga yang tersurat ini menggambarkan realiti yang tersirat, hehehe insyallah, yang penting berusaha menuntut ilmu fardhu kifayah ini bersungguh-sungguh kerana kitalah pendidik generasi hadapan kelak. Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +