+ KaJiaN SoSiaL +

SaMBuTaN MaULiDuRRaSuL PeRiNGKaT IPG KaDRI

| 09 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua sebuah aktiviti terbaru yang kami sertai. Baru sahaja sehari berlalu iaitu Majlis Sambutan MaulidurRasul Peringkat IPG KaDRI. Majlis ini diadakan pada 9 Februari lalu iaitu hari khamis yang diadakan di IPG kami dan juga kawasan sekitar IPG. Program ini melibatkan semua mahasiswa guru dari semua peringkat termasuk abg2 KPLi, DPLi & GSTT. Majlis bermula seawal 7.30 pagi dengan semua guru pelatih berkumpul di dataran perhimpunan dalam Jabatan masing-masing. Bagi kami PISMP Kajian Sosial, kami telah berkumpul bersama-sama dengan senior dan junior lain di bawah Jabatan Kajian Sosial. Unit di bawah Jabatan Kajian Sosial ialah Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan juga Sejarah yang baru diperkenalkn di IPG. Setelah selesai kesemua mahasiswa guru dan juga para pensyarah berkumpul, maka barisan perarakan bermula. Untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perarakan, beberapa pasukan pemantau trafik dari pasukan pegawai Kadet Remaja Sekolah IPG KaDRI telah ditugaskan untuk berkawal di beberapa persimpangan sepanjang laluan perarakan. Dari unit kami 5 anggota ditugaskan untuk berkawal sepanjang laluan perarakan. Yang terlibat ialah Fahmi, Adib, Syazrin, Amsyar & Ayyas... hehehe di bawah ni menunjukkan Ketua Unit kelas kami bagi semester ni iaitu Fahmi sedang posing di atas motor Egonya sewaktu sedang menanti rombongan perarakan tiba.


Setelah sekian lama menanti, akhirnya kelihatan dari jauh rombongan perarakan MaulidurRasul IPG KaDRI melintas checkpoint kawalan. Sungguh bersemangat, Tuan Pengarah pun ada sekali.


Individu2 yang terlibat dalam perarakan MaulidurRasul. Geng blok kolej kediaman kami ni, hehehe



Kelihatan sepanduk yang dibawa oleh setiap jabatan. Sebenarnya ada pemarkahan utk setiap sepanduk dari setiap Jabatan. Dan pemenang akan diumumkan sewaktu majlis ceramah Maulidur Rasul setelah tiba di IPG nanti.

Sebenarnya untuk perarakan ini juga, murid-murid sekolah SK MPKT juga terlibat dan dibawah menunjukkan gerombolan murid-murid yang sedang berada dalam perarakan. Semuanya kelihatan hepi...



Haa, di bawh ini merupakan perarakan dari Jabatan Kajian Sosial iaitu jabatan yang menaungi unit/kelas kami. Kelihatan kakak2 & abang2 senior mengetuai perarakan. Junior2 yang lain juga ada di belakang bersama dalam 1 kelompok.



Ha, di bawah ni mrupakan geng kelas kitaorng yang sempat lagi bhenti posing utk amik gambar, hehehe Dari kiri Mimi, Aishah, Syuhada, Asilah, Aida & Farahiyah, hehehe Hepi dpt tangkp gambar ek, hehehe




Dibawah ni lak Hanafi & Luqman, pegawai KRS yang berada di checkpoint hadapan. Setelah tamat barisan perarakan, maka kami trus ikut barisan perarakan dari belakang. Jika ada sebarang masalah atau sapa2 yang pengsan, x bmaya insyallah ada backup...




Di bawh ni lak geng KS0 kami iaitu Amsyar yang menunggang motosikal 135 LC. Tersengih nampaknya, hehehe

Akhirnya kami selamat tiba di IPG dan kesemua yang terlibat mengambil pluang yang ada untuk berehat, minum2, makan2 dan borak2 sblm msuk ke dewan utk acara seterusnya, hehehe


Sedang mengambil makanan di bawah khemah berhadapan dewan al-farabi...

Bile dh dapat makanan, kami pun berehat bawah pokok dekat Dataran Ilmu dan minum2 sambil makan2 gitu. Sambil2 tu borak gk la, hehehe


Pegawai KRS yang mengiringi perarakan pun berehat jugak la, hehehe

Bile dh siap makan & minum, kami pun bergegas msuk ke dalam Dewan Al-Farabi utk 1 lagi majlis iaitu Forum MaulidurRasul & MaalHijrah yang serentak diadakan pada hari ini. Ramai juga yang datang, hehehe lgpn smua nk tggu pngumuman pemenang perarakan pagi tadi. Dalam pkul 10.45 pagi, majlis pn bermula dengan ketibaan Tuan Pengarah IPG KaDRI.




Sebelum Forum dan upacara2 lain dilangsungkan, majlsi dihindangkan dengan persembahan nasyid yang sungguh merdu dan mengasyikkan...

Setelah itu, bermulalah majlis dengan Pidato keagamaan dari 2 org wakil DPLi-JQaf yang menyampaikan pidato mengenai Hijrah & Maulid Rasul.


Wah2 kuboq, siap berposing dgn tepon lagi tu, org bz ni....hehehe

Maka majlis Forum Satu Lembaran Hijrah Ummah pun bermula dengan moderatornya ialah Ust Sabawi yang sempoi gitu, hehehe



Akhirnya majlis tamat pada jam 1 tengahari dan kesemua hadirin dibenarkan pulang untuk berehat. Walaupun letih sepanjang program terutama yang terlibat dengan perarakan, tapi banyak kenangan manis dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang program berlangsung. Tapi yang tak besnya kami kne ganti kuliah utk hari ni. Klu ikut jadual 4 jam kne ganti, nasib baik utk subjek Hubungan Etnik, En. Hasnul telah ganti awal2 lagi.... Tinggal subjek PSV je nk kne ganti, hehehe Oklah, bertemu lagi di post akan datang, semoga sihat selalu, Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PeRJuMPaaN KoLeJ KeDiaMaN BeRSaMa PeNGaRaH

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 yang insyallah bermanfaat dengan perkongsian aktiviti-aktiviti yang kami sertai dip IPG. Pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai aktiviti yang besar diadakan di IPG kami yang melibatkan semua penghuni kolej kediaman mahasiswa guru dan juga kehadiran Pengarah IPG KaDRI iaitu Encik Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali. Perhimpunan Perjumpaan Antara Penghuni Kolej Kediaman dengan Tuan Pengarah telah diadakan pada 8 Februari 2012 jam 9.00 malam yang telah diadakan di Dewan Al-Farabi. Perhimpunan pada malam ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para penghuni kolej kediaman. Pada kebiasaannya kami hanya perlu mendaftarkan nama sahaja di kaunter pendaftaran, namun pada kali ini terdapat sedikit kelainan yang diamalkan oleh pihak pengurusan Kolej Kediaman iaitu sesiapa yang mendaftar harus meninggalkan kad kolej kediaman di kaunter pendaftaran disamping mendaftarkan nama dan nombor bilik serta nama blok kediaman.



Gambar di atas dan dibawah menunjukkan penghuni blog kami yang sedang mendaftar. Diorg ni dri PISMP Sem 1 Prasekolah, hehehe tersengih je...


Maka kami pun masuklah ke dalam dewan. Gambar di atas menunjukkan geng KS0 kami iaitu Aminnulhakim (baju merah), Shamil WorkinginClass (berkopiah hitam berbaju biru) & Amsyar (Baju koko2 tersnyum), hehehe Agak ramai jugak yg datang pada malam tu, mgkin sbb nk jumpe pengarah kot...

Ketibaan Tuan Pengarah...

Majlis pun bermula denagan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Biro Kolej Kediaman JPP iaitu Azmi Che Anawa.... nmpk dia agk gemuruh, biasalah 1st time ckp depn, ada tuan pengarah lak tu, sape yg x gemuruh kan, standart la...

Ha.... Lepas tu tiba pula ucapan oleh Ketua Warden iaitu En. Zaharim Bin Tawang yang menggantikan En. Mohd Asri sebelum ini. Byk gk info2 dia bgi trutama ttg disiplin, agak ketat nmpknya...


At last ucapan oleh tuan pengarah iaitu En. Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali, yang baru ditugaskan ke IPG KaDRI pad akhir Disember lepas. Orangnya tenang, sistematik dan begitu berdiplomasi. Boleh dikatakan semua penghuni kolej kediaman berbangga dgn Tuan Pengarah skrg, tambahan pula beliau menginap di rumah Pengarah yang berdekatan dgn Kolej Kediaman, klu ada pape masalah trus beliau dpt turun padang sendiri utk tinjau...

Dah selesai ucapan, maka tuan pengarah membuka sesi bertanya soalan. Dan banyak juga soalan2 telah diajukan especiallt ttg adakah semester 3 akan diarahkan keluar kolej kediaman pada penggal akan datang bagi memberikan peluang kpd adik2 PPISMP yang baru msuk utk mendaftar. Menurut ucapan balas oleh En. Zaharim, beliau mengatakan mungkin pada tahun ini tiada kemasukan utk PPISMP lepasan SPM kerana pihak KPM telah mengambil guru pelatih PPISMP dari kalangan guru GSTT utk dilatih sama seperti lepasan SPM yang lepas2 iatu 5 1/2 tahun. Kami memang gembira sebab masih lagi bpeluang utk tinggal di Kolej Kediaman, tpi kesian pulak kpd adik2 lepasan SPM baru2 ni yg mungkin tiada pluang utk masuk ke IPG. Insyallah ALLAH akan buka rezeki lain utk mereka, ALLAH itu MAHA ADIL & BIJAKSANA. Akhirnya perjumpaan ni tamat sekitar jam 11 malam.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

TaKLiMaT HaL EhwAL PeLaJaR

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kunjungan kalian dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara kita semua. Alhamdulillah, pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti terkini kami yang diadakan pada 7 Februari lalu iaitu Taklimat Disiplin dan Tatatertib yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Taklimat ini hanya melibatkan mahasiswa guru dari PISMP Semester 3/2012 sahaja. Taklimat ini diadakan di Dewan Teater di pusat Bahasa Inggeris ataupun TellTRac IPG KDRI. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Unit Kehadiran, Penguatkuasaan, Disiplin & Rekod iaitu En. Mohamed Sulaiman. Buat pengetahuan anda semua, beliau pernah mengajar kelas kami sewaktu kami masih di PPISMP Sem 2/2010 dahulu. Klu x silap kami dia mengajar subjek Kemahiran Berfikir sewaktu tu. Orangnya memang ceria dan berada di dalam sesi P&Pnya pasti anda tidak kering gusi. Sebab itulah beliau disenangi oleh para mahasiswa guru di IPG KaDRI. Taklimat diadakan bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar 4.00 petang dengan pelbagai input berkaitan hal ehwal pelajar diberikan terutama membabitkan kehadiran ke kuliah, penggunaan borang K & MC dan pelbagai lagi hal2 berbangkit. Boleh dikatakan ramai juga pelajar PISMP Sem 3/2012 yang hadir. Banyak juga persoalan telah berjaya dijelaskan oleh En. Mat.


Gambar eksiden termahal di dunia di Jepun pun ada dlm slide pembentangan En. Mat, hehehe Xnak bagi mengantuk sgt time taklimat...

Ni dia mahasiswa guru dari PISMP Sem 3/2012 yang berjaya hadir sewaktu itu.

Setelah selesai taklimat, telah dibuka ruang untuk bertanya secara terus kepada En. Mat. Saudari Lingga dari TesL telah mengajukan pelbagai soalan yang masih tidak jelas... hehehe


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SaLaM MaULiDuR RaSuL 1433H / 2012M

| 04 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Kami baru sahaja selesai menjalani program Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial IPG kami pada petang tadi yang diadakan di TER, Kuala Ibai. Insyallah dalam masa terdekat kami akan mengupload foto-foto kami sepanjang berada di sana untuk dikongsi bersama. Untuk kali ini, kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M. Semoga dikesempatan ini kita dapat menguatkan tekad kita untuk lagi menanam perasaan cinta dan kasih kepada baginda RASULLULLAH S.A.W. Bagaimana cara untuk kita mengasihani dan mecintai Baginda? Tak lain tak bukan melalui ikutan sunnah Baginda. Walaupun tidak semua sunnah baginda boleh kita ikuti, sekurang2nya kita mengambil beberapa sunnah yang senang untuk kita praktikkan sebagai contoh menjilat jari selepas selesai makan, berselawat dsb. Malah berkahwin juga adalah sunnah baginda yang paling senang untuk dipraktikkan dan dipraktikkan oleh kebanyakan umat Islam. Rugi tak kawen, dapat pahala ikut sunnah n dapat menjaga diri kia dari godaan dunia yang kelihatan indah di luar sana. Semoga ALLAH memelihara kita dari segala godaan dunia yang mampu melalaikan kita dari mengingati ukhrawi. Berjumpa lagi di posting akan datang, Wassalam...


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +