+ KaJiaN SoSiaL +

KaJiaN LaPaNGaN Di PuLaU LaNGKaWi

| 22 July 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 ambilan Januari 2011 ini. Semoga kita smua dalam rahmatNya selalu, insyallah. Pada kali ini kami ingin membicarakan mengenai suatu program ataupun trip kami yang amat kami nantikan iaitu Program Kajian Lapangan Geografi Persekitaran di sekitar PULAU LANGKAWI. Kami akan bertolak pada petang 19 julai 2011 iaitu hari selasa dengan menaiki Bas IPG dan insyallah akan sampai ke Jeti Kuala Perlis pada subuh keesokan paginya untuk menaiki Feri. Terdapat banyak aktiviti dan pengalaman menarik yang bakal kami tempuhi di sepanjang kajian kami ini. Disamping membuat kajian, bolehlah kami melihat dan meninjau serta bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi. Bak kata orang tua, jauh perjalanan, luas pemandangan, betul tak? He3x.... Kami akan selamat tiba pulang ke IPG pada subuh 23 Julai 2011 iaitu hari sabtu. Dihrapkan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang merumitkan. Jika timbul diharapkan agar kami sama-sama dapat menyelesaikan permasalahan tu. Doakan kami ye semua, he3x.... Jumpe lagi di post akan datang untuk kami paparkan foto kenangan kami sepanjang berada di Pulau Langkawi sana, insyallah, Wassalam....

HePi BeSDaY BuaT ShaMiMi !

|
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera serta salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 di IPG KaDRI ini. Semoga kunjungan kalian lagi menyerikan blog kami ini. Apa khabar semua ? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatannya. Pada kali ini, kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-20 buat sahabat sekelas/seunit/seopsyen kami iaitu NUR SHAMIMI BINTI BAT LATIF yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-20 pada 19 Julai 2011 lalu, semoga mimiey berada dalam sihat selalu dan terus maju jaya dan dimurahkan rezeki di masa hadapan, insyallah, amiinn....
Wassalam...

Hepi BeSDaY NaJWa & ZaRa

| 06 July 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian smua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial semster 2/2011 di IPG KaDRI ini. Semoga kita sama-sama dapat menimba ilmu dalam mendapat keredhaanNya di dunia yang fana ini. Pada entry lepas, kami ada berceritakan mengenai aktiviti terbaru kami iaitu bersama-sama senior dalam mengendalikan majlis perasmian tabung kemanusiaan IPG KaDRI dan mempersembahkan Bahan Bantu Belajar (BBB) bagi subjek Literasi Bahasa Melayu yang disyarahkan oleh En. Ashri selaku pensyrah pembimbing. Pada kali ini ianya bukan berkaitan dengan sebarang aktiviti, tetapi kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-20 buat dua orang sahabat sekelas kami iaitu ZAHRATUL JANNAH BINTI BASHEER AHMAD yang selamat menyambut ulangtahun ke-20nya pada hari ini (7 Julai) dan juga NAJWA NADHIRAH BINTI IBARAHIM yang menyambut ulangtahun kelahirannya ke-20 pada semalam (6 julai). Kami sekelas berdoa semoga kalian berdua sentiasa maju jaya dalam apa jua bidang yang kalian berdua ceburi dan kepada Najwa Nadhirah, hehehe semoga cepat2 kawen yer, hahaha Semoga dimurahkan rezeki jua, kerna Allah Taala itu maha pemurah, bak kata Adib KU sem ni, tu SEMUA REZEKI ALLAH, hehehe jumpe lagi di entry akan datang.
Wassalam

PReSeNTaTioN ALaT BaNTu BeLaJaR

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada smua yang sudi berkunjung lagi ke teratak PISMP Kajian Sosial yang insyallah penuh dengan informasi dan kisah kehidupan kami di IPG KaDRI kuala terengganu. Apa khabar kalian smua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Bersempena dengan pembukaan semester baru ini, banyak subjek baru dan perkara baru yang kami pelajari dan kami lakukan. Mungkin subjek major iaitu sejarah dan geografi, kebanyakannya silibusnya berulang-ulang, tetapi untuk subjek professional dan beberapa subjek lain, ianya kelihatan baru bagi kami. Antaranya ialah subjek Literasu Bahasa Melayu. Namanya pun kelihatan agak sedikit ganjil dan kurang didengari, begitu juga cara pembelajaran dan pengajaran oleh pensyarah di dalam kelas.

Antara perkara yang kami pelajari ialah kaedah mengajar murid membaca dengan abjad, suku kata, perkataan, perenggan dan sebagainya. Pensyarah kami ialah Encik Ashri iaitu warden kolej kediaman IPG KaDRI kitaorng, memang kenal sesangat la En. Ashri tu. Cara pengajarannya di dalam kelas juga berlainan kerna dia lebih menekankan pemahaman dan pengalaman sendiri para guru pelatih sewaktu sesi pengjaran dan pembelajran. Disebabkan oleh itulah kami telah disuruh oleh En. Ashri untuk membuat Bahan Bantu Belajar (BBB) untuk dipersembahkan di hadapan. Setiap tajuk pelajaran kami, kami akan diarahkan untuk membahagikan tajuk bagi perlaksanaan bahan BBB ini. Kelas kami telah bergabung kelas dengan unit PAI 3 dan sebanyak 6 unit telah dibentuk untuk dibahagikan tajuk yang bersesuaian. Pembentangan BBB ini akan diadakan sewaktu kelas dan setiap kumpulan dari unit KS dan juga PAI 3 akan bergilir-gilir sama ada membuat persembahan dalam bentuk powerpoint ataupun bahan maujud (realiti).

Maka setelah genap seminggu tugasan ini diberikan, maka kami akan membentangkannya di hadapan pensyarah dan juga kumpulan kelas sains 1 dan sains 2. Presentation telah diadakan pada 5 Julai 2011 pada jam 8.15 malam dengn mengambil masa sekitar 4 jam sehingga jam 11.30 malam lebih. Presentation ini telah diadakan di BKU dan juga BK7 dengan kelas KS telah bertindak selaku hos untuk pembentangan ini dan bertanggungjawab menempah kelas dan juga projektor LCD. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar. Maka keenam-enam kumpulan dari opsyen KS dan juga PAI3 telah dipecahkan dengan 2 kumpulan KS dan 1 kumpulan PAI 3 melaksanakan presentation di BKU manakala 2 kumpulna PAI 3 dan 1 kumpulan KS melaksanakan pembentangan di kelas BK7.

Ni la gambar2 kitaorng sedang hepi mempersembahkan Bahan Bantu Belajar (BBB) seperti yang diarahkan oleh pensyarah, En. Ashri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk sesi presentation di BKU, geng kelas kitaorng iaitu Aminnulhakim telah bertindak selaku pengacara majlis dan majlis dimulakan dengan presentation BBB dari kelas kami iaitu kumpulan yang diketuai oleh Aida. Cuba tengok gambar di bawah ni, diorg tengah mmbentangkan BBB diorg, amacam menarik tak? Mesti la menarik sbb kitoarng kan Kajian Sosial (KS). Go More KS Go More !

Mereka menggunakan ICT untuk mempersembahkan BBB mereka. Dianggotai oleh Aida, Fatin, Zara, Asilah, Jannah NJ dan juga Najwa Akim, he3x...

Gambar kt bawah ni lak menunjukkan geng PAI 3 yang bertuah untuk melaksanakan pembentangan BBB mereka bersama kitaorng, memang diorg jenis happy go lucky, tu yang bes, xnak jugak yang jenis masam mencuka dan xleh bergaul.


Sewaktu pembentangan, diadakan juga sesi soal jawab, melakonkan bunyi binatang dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya memang bes malam tu sbb smuanya hepi jer, jarang kitaorng hepi psal rmai jugk lecturer yang jenis keras dan tegas ssgt, tegas ssgt pun xleh jugk sbb xder mood nk blaja, rase tertekan je. Di bwah ni menunjukkan geng lelaki KS sedang mendengar penerangan, segala lawak MaharajaLawak smua keluar malam tu, he3x...


Gambar di atas menunjukkan Jannah NJ sedang menerangkan salah satu permainan yang wujud dalam BBB mereka yang bertujuan untuk mengenal warna-warna dalam hidup kita. Nice jugak permainan mereka. Gambar di bawah menunjukkan barisan pembentangan dari kumpulan 1 KS yang membentangkan mengenai kaedah pengajaran bagi Pengamatan Mata. Buat makluman anda semua, setiap kumpulan mempunyai tajuk pembentangan yang berlainan, bagi kumpulan kedua, mereka harus menerangkan mengenai alat BBB bagi tajuk Pengamatan Telinga manakala kumpulan ketiga harus membentangkan aktiviti/alat BBB bagi tajuk Koordinasi Mata dan Tangan. Alhamdulillah, berdasarkan feedback (maklumbalas) dari pensyarah pembimbing kami, En. Ashri, kesemua kumpulan telah melaksanakan tugasan dan membuat alat BBB dengan baik sekali.

Di bawah ni plak geng ustazah2 dari PAI 3 sedang membentangkan alat BBB mereka iaitu pengamatan telinga. Mereka turut menggunakan ICT, hanya kumpulan ketiga iaitu bagi tjuk koordinasi mata dan telinga sahaja yang menggunakan bahan maujud kerna telah ditugaskan oleh En. Ashri untuk berbuat demikian. Majlis presentation pada malam itu akhirnya selesai dengan jayanya pada jam 11.30 malam dan guru pelatih yang masih belum makan dibenarkan untuk keluar makan di luar dan harus balik menjelang 12.30 tengah malam. Nasib baik la sebab pensyarah BM kitaorng kan ketua warden, senang la skit, he3x...


PeRaSMiaN TaBuNG KeMaNuSiaaN JKS

| 05 July 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke laman blog kisah hidup PISMP Kajian Sosial Semester 1/2011 di IPG KaDRI. Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya, yang penting kita sama2 dpt menimba ilmu dengan sebaiknya. Pada kali ini kami ingin mencritakan mengenai suatu event yg telah kami sama-sama jalani iaitu Perasmian Tabung Kemanusiaan IPG KaDRI yang diadakan pada 3 Julai 2011 iaitu ahad baru2 ni. Majlis ini merupakan majlis perasmian kepada gerak kerja kebajikan yang akan kami adakan di bawah kelolaan Jabatan Kajian Sosial. Antara matlamat utama kami ialah mengumpul dana untuk melakukan khidmat sosial kepada masyarakat islam di Kemboja iaitu dijangka dana tersebut akan terkumpul sepenuhnya menjelang bulan Julai tahun 2012. Diharapkan agar majlis ini dapat menjadi penaik semangat kami dalam berbakti kepada sesama saudara seagama di luar Malaysia yang berada di dalam kesusahan.

Majlis perasmian ini diadakan pada 3 Julai 2011 bermula jam 7.20 dengan ketibaan semua hadirin di dewan Al-Farabi. Sewaktu sedang menanti ketibaan para VIP iaitu Tuan Pengarah IPG KaDRI, Tetamu kehormat iaitu Ustaz Hj. Zamerey, pngerusi pemegang amanah akademi imam syafi'e, timbalan pengarah dan ketua jabatan kajian sosial, Tn. Hj. Mohamed Yusof. Setelah itu majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari qari jemputan dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Jbatan KS. Setelah selesai ucapa alu-aluan, maka tibalah acara kemuncak majlis iaitu ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah IPG KaDRI dan seterusnya memukul gong sebagai tnda gimik perasmian majlis pelancaran program kemanusiaan JKS IPG KaDRI. Maka secara rasminya segala gerak kerja kemanusiaan IPG KaDRI telah diisytiharkan secara rasminya. Setelah itu, maka tibalah slot pengkisahan ataupun slot ceramah mengenai kemanusiaan di Kemboja oleh tetamu VIP pada pagi itu iaitu Tuan Haji Zamerey. Beliau telah menerangkan mengenai gerak kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh NGO Akademi Imam Syafie di negara Kemboja. Alhamdulillah, penerangan yang telah diberikan menyemarakkan lagi semangt kami untuk berganding bahu dalam mengumpul dana bagi membantu umat islam di kemboja sana. Diharapkan agar usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

Setelah selesai sesi pengkisahan oleh tetamu jemputan iaitu Ustaz Zamerey, telah diadakan sedikit tayangan video oleh ustaz Zamerey sendiri mengenai keadaan umat islam di kemboja sana dan perkembangan gerak kerja kebajikan oleh Akademi Imam Syafie. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarnya dan akhirnya majlis ditangguh secara rasminya pada jam 10.00 pagi dan tetamu VIP telah dijemput untuk menjamu sedikit jamuan.

Setelah selesai tetamu VIP menjamu selera di kafeteria IPG KaDRI, maka telah diadakan satu lagi slot khusus untuk smua guru pelatih di bawah Jabatan Kajian Sosial yang melibatkan opsyen Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan junior Sejarah. Slot khusus ini dinamakan sebagai slot Diskusi bersama Ustaz Zamerey. Slot ini bermula sekitar jam 10.30 pagi dengan dihadiri oleh VIP sendiri dan juga Ketua Jabatan Kajian Sosial serta pensyarah pembimbing tabung kemanusiaan ini iaitu Puan Hajah Anisah dan juga Cik Nurhijrah. Tuan Haji Zamerey telah menerangkan mengenai cabran-cabaran sewaktu menjalankan kerja kebajikan di Kemboja. Antaranya kata beliau, walaupun kita datang dengan niat untuk membantu mereka, ada kalanya sesetengah kelompok kaum di kemboja akan meganbmil kesempatan diatas sifat baik kita. Menurut ustaz, sudah banyak badan2 amal kebajikan yang ditipu secara hidup2 oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab di sama. Disebabkan oleh itulah kesemua guru pelatih yang berhajat untuk mnyertai kempen kebajikan ini harus tabahkan hati dan sentiasa menyelia apa sahaja program ataupun projek kebajikan yang telah dilaksanakan agar ianya bertepatan dngn kehendak kebajikan kita.

Gambar menunjukkan ustaz Zamerey sedang memberikan sesi motivasi ataupun kesedaran serta penaik semangat kepada para guru pelatih JKS tentang keistimewaan beramal jariah ini. Malah beliau turut mnceritakan mengenai cabaran2 dalam menjalankan kerja kebajikan di Kemboja yang menurutnya kita harus peka dan berhati-hati.



Selain itu, turut diadakan juga sesi bersoal jawab diantara guru pelatih dan juga ttamu VIP (ustaz Zamerey). Terdapat 5 soalan telah diajukan oleh guru pelatih antaranya berkenaan dengan cara utuk istiqamah (kekal) dalam melaksanakan gerak kerja kebajikan ini. Menurut beliau (ustaz Zamerey), niat haruslah ikhlas dalam memberikan sumbangan di Kemboja. Jangan mengharapkan sebrang balasan hatta ucapan terima kasih sekalipun kerna orang di Kemboja kebanyakannya pendiam dan pasif. Justeru, janganlah berkecil hati seandainya sumbangan yang dihulurkan oleh kita kepada mereka hanya dibalas dengan wajah yang selamba tanpa ucapan terima kasih sedikitpun.

Akhirnya, majlis diskusi ini tamat sepenuhnya pada jam 1.30 pagi dan VIP diiringi oleh pensyarah pengiring, ketua jabatan JKS, dan pengarah projek kemanusiaan IPG KaDRI pulang ke kereta beliau. Para hadirin dibenarkan pulang ke kelas masing-masing sekiranya masih terdapat kuliah selepas ini.



Setelah selesai majlis pada pagi itu, maka kesemua AJK program perasmian Tabung Kemanusiaan JKS IPG KaDRI telah dikumpulkan untuk diadakan mesyuarat post-mortem. Mesyuarat ini diadakan dengan segera kerna dibimbangi tiada masa yang lapang di masa hadapan. Mesyuarat post-mortem ini diadakan di Dataran Ilmu dan dihadiri hampir keseluruhan AJK program. Setiap unit/biro jawatankuasa telah diarahkan untuk membentangkan mengenai hal2 berbangkit yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, Alhamdulillah berdasarkan feedback dari kesemua AJK, tiada masalah besar yg berlaku dan masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan jayanya, Alhamdulillah....




Mesyuarat akhirnya tamat pada jam 12.15 tengahari dan kesemua AJK dibenarkan utk bersurai. Diharapkan agar segala gerak kerja kami untuk beramal jariah ini mendapat keredhaanNya dan dikekalkan semangat kami dalam melakukan aktiviti kebajikan amal ini, Insyallah, Amiinnn....
Wassalam....

MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM KEMANUSIAAN
JABATAN KAJIAN SOSIAL
IPG KaDRI
3 JULAI 2011

ReHeaRSaL PeRaSMiaN TaBuNG KeMaNuSiaaN

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang masih lagi sudi berkunjung ke Teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 Semester 2/2011 ini. Semoga segala perkongsian kami di sini dapat dijadikan panduan kepada kita semua dalam meniti kehidupan yang sentiasa dipenuhi onak dan duri ini. Apa khabar kalian semua? diharapkan smuanya sihat walafiat hendaknya, yang penting kita sama-sama dapat menjalani kehidupan kita dengan penuh gembira dan enjoy, jangan sekali-kali membuat kerja yang kita tidak suka, jika terpaksa, cubalah untuk menyukai kerja yang kita lakukan, barulah semuanya akan berjalan dengan lancarnya dan kelama-lamaan kita akan mula menyukai kerja yang sedang/akan kita lakukan itu.

Kali ni kami ingin berkongsi dengan anda semua ttg aktiviti terbaru kitaorng iaitu mengikuti latihan rehearsal untuk majlis perasmian tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI. Rehearsal ini diadakan pada pkul 2.15 petang di Dewan Al-Farabi pada tarikh 30 Jun 2011. Latihan rehearsal ini diadakan pada jam 2.15 petang dengan dihadiri oleh Cik Nurhijrah Binti Zakaria dan juga Puan Hajah Anisah Binti Harun.

Kebanyakan AJK program perasmian terlibat kerna mreka harus mempersiapkan segala kelengkapan dewan Al-Farabi untuk memastikan majlis nnt daapat berjalan dengan lancarnya. Dewan Al-Farabi telah disusun dengan baiknya oleh jawatankuasa tugas-tugas khas yang diketuai oleh our senior KS iaitu saudara Mior dan dibantu oleh senior2 lain dan juga ahli2 kelas kami. Manakala ahli2 kelas kami yang lain seperti Iqbal (MC majlis), Aiyad & Amsyar (Audio & Persembahan), Hakim (Sambutan VIP), Aida, Puspa, Asilah dsb sbgai AJK Ekonomi dan menjaga gerai jualan bersempena dengan pelancaran tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI ini. Alhamdulillah rehearsal berjalan dengan lancarnya dan kedua-dua pensyarah penasihat juga berpuas hati dengan gerak kerja sepanjang rehearsal ini. Diharapkan majlis pada keesokannya akan berjalan dengan lancar. Rehearsal akhirnya tamat sekitar jam 5.00 malam dan kesemua peserta bersurai.

Gambar di atas ni menunjukkan our MC of KS0, IQBaL yang ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis perasmian tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI. Amacam, sweet tak, hahaha...

Gambar atas dan bawah ni plak menunjukkan our senior (sisters & brothers) sedang berlatih menjadi pemegang bunga mangggar dan menjadi penyambut tetamu, tabik la kakak2 ktiaorng smua, cheerful dan happy jer, hehehe, siap2 posing dgn bunga manggar lagi, he3x...


Inilah suasana dewan yang masih tidak disusun kerna ianya akan disusun pada hari sabtu, iaitu rehearsal pnuh, hehehe, cube tgk gambar di bawah ni, he3x... kesian pengerusi majlis, dok mengacarakan majlis ape tuh, he3x... ksong jer dewan...

Kat bawh ni lak Amsyar, individu yang btul2 expert dgn alatan Audio dan Visual. Kiranya wakil unit PISMP KS la. Amsyar ni byk pengalaman dlm mengendalikan peralatan video dan audio sbb dh byk majlis2 grand n besar yg dia jadi juruaudio dan juruvisual.

Hahaha, gambar di bwh ni lak gambar saudara Aminnulhakim (plg kiri berbaju hitam MayBank) sedang berlakon sbgai VIP. Wah dengan langkah bgayanya dia melangkah masuk ke dewan, yer la, nama pun rehearsal kan, mesti la ader lakonan gitu, he3x...


Di samping tu, kitaorng pun turut dibantu oleh senior KS sem 6 sekarang spt Wan Akmal yg bgitu arif dan cekap mengenai protokol majlis sbb dia ni pengerusi majlis rasmi IPG KaDRI tau, he3x.... Lepas dia ni mungkin IQBaL lak, hehehe JKS GO ! Akhirnya rehearsal ini tamat dengan jayanya pada jam 5.00 petang dan semua beredar untuk menunaikan solat asar pula dengan harapan agar majlis perasmian tabung kemanusiaan JKS IPG KaDRI dapat berjalan dengan lancarnya, insyallah, Amiinn....
Wassalam....

TaJuK TuToRiaL MdAB

|
Klik Untuk Perbesarkan Imej




 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +